Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Deklarasi Rakyat: Satu Cabaran...

KUALA TERENGGANU - Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih...

Media Dilarang ‘Cover’ Majlis...

SEBUT sahaja empunya nama Sharifah Sakinah pastinya ramai peminat hiburan mengetahui bintang sensasi itu...

Rakyat Jangan Tertipu Helah...

JOHOR BAHRU - Rakyat diharap tidak tertipu dengan helah pemimpin Parti Pribumi Bersatu...

Polis Berkas Warga Myanmar...

ARAU – Seorang buruh warga Myanmar yang disyaki membunuh rakan senegaranya di rumah...

Marah Tulisan Jawi, Jalur Putih Jalur Gemilang Ditukar Hitam

KUALA LUMPUR – Gara-gara marah berikutan pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi di sekolah jenis kebangsaan seorang pengerusi sebuah syarikat ternama didakwa menukar warna jalur putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam.

Tangkap layar hantaran yang dibuat oleh lelaki bergelar Tan Sri tersebut ditularkan oleh warganet yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadab dan tidak menghormati bendera Malaysia.

Dalam tangkap layar hantaran itu, Tan Sri berkenaan berkata, warna hitam tersebut berinspirasikan warna kasut hitam yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.

“Menukar warna jalur putih pada Jalur Gemilang kepada warna hitam.

“Ini mungkin projek yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan selepas mewajibkan Jawi sebagai keutamaan berbanding ‘Tangkap Jho Low’ dan ‘Pendakwaan Najib’. Hahaha,” tulis lelaki berkenaan.

Pada hantaran yang telah dipadamkan di Facebooknya itu, Tan Sri berkenaan juga berkongsi pautan sebuah artikel yang ditulis beliau berhubung isu pelaksanaan pendidikan tulisan Jawi.

“Saya pasti semua orang tahu mengenai berita di Malaysia terutama berkaitan isu khat.


“Saya telah menulis artikel berdasarkan pandangan saya dan mungkin anda juga berkongsi sentimen yang sama,” tulis Tan Sri tersebut. Dalam artikel itu turut diletakkan gambar Jalur Gemilang dengan jalur putih ditukar warna hitam.

Semakan di Facebook ahli perniagaan tersebut mendapati warganet meluahkan kemarahan terhadap tindakan Tan Sri berkenaan.

“Aik dah padam, kurang ajar ye. Ingat langsi sangat,” komen Mohammad Asyraf Mohd. Nor.

“Adakah ini hantaran anda? Sangat kurang ajar,” tulis Ahmad Yasir.

“Lucut balik jawatan Tan Sri dia ni,” komen Amirul Sofyan Syafiq. – UTUSAN ONLINE

Kategori