Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Pekerja Kontrak Maki Polis...

KUALA LUMPUR - Berang keretanya ditunda polis trafik kerana menghalang lalu lintas di...

250,000 Anggota JKKK Dilindungi...

KAJANG – Seramai 250,000 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), JKKK Persekutuan...

Dasar Pendidikan Anak-Anak Harus...

DEWAN Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) memandang serius pengumuman yang dibuat oleh Pemangku Menteri...

Tiada Cadangan Untuk Batalkan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan tidak bercadang untuk membatalkan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP)...

Mayat Pemandu Grab Lemas Di Air Terjun Chamang Ditemui

BENTONG – Mayat seorang pemandu grab yang dilaporkan lemas semalam ketika mandi di Air Terjun Chamang, di sini ditemui pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam semalam, Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, dipercayai hilang dibawa arus ketika mandi bersama tiga lagi rakannya yang berasal dari Selangor. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Zainal Abidin Nong Chik berkata, mayat Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi oleh pasukan penyelam yang melakukan operasi pencarian.

“Mayat mangsa berada kira-kira 15 meter dari kawasan dia dilaporkan hilang oleh pasukan penyelam yang melakukan pencarian hari ini.

“Mayat mangsa tersangkut pada batu sedalam satu meter di kawasan yang mempunyai kedalaman kira-kira dua meter itu,” katanya hari ini. 

Menurutnya, mangsa tiba di lokasi pelancongan itu pukul 5 petang semalam sebelum dia dilaporkan lemas. 

Kategori