Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1,284 Kes Tangkapan Ular...

ALOR SETAR - Sebanyak 1,284 laporan membabitkan kes tangkapan ular diterima Jabatan Pertahanan...

Transformasi Orang Muda Dapat...

KUALA TERENGGANU - Program Transformasi Orang Muda (TOM) yang dilancarkan kerajaan Terengganu sejak...

Kedi Golf Didakwa Bunuh...

KUALA LUMPUR - Seorang kedi golf didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini...

Amaran Cuaca Buruk Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan hujan lebat...

Merbau Dipilih Pokok Kebangsaan Malaysia

KUALA LUMPUR – Merbau hari ini dipilih sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berucap pada pameran ‘Hutan Kita’ di Menara Kuala Lumpur di sini.

“Dengan sifatnya yang tahan lasak, saya percaya semua rakyat Malaysia boleh mengambil Merbau sebagai simbol kebanggaan negara,” katanya.

Sementara itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, pokok Merbau dipilih sebagai lambang keutuhan integriti hutan negara, hasil daripada pengurusan secara mampan serta usaha pemuliharaan khazanah biodiversiti Malaysia.

“Pokok Merbau juga merupakan simbol kepentingan hutan kepada industri dan ekonomi negara,” katanya pada sidang media selepas perasmian pameran itu.


Pameran ‘Hutan Kita’ berlangsung dari 24 Ogos hingga 22 September, merupakan satu daripada inisiatif di bawah Program Konservasi Hutan Kita 2019-2020 yang mempamerkan kekayaan khazanah hutan negara serta usaha telah dilaksanakan dalam menjaga dan memulihara hutan.

Pameran itu turut mencipta rekod kebangsaan dan menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Pameran Spesies Pokok Hutan Hujan Tropika Terbesar yang menyaksikan 850 spesies pokok hutan hujan tropika dipamerkan.

Kategori