Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Jamin Tarif Elektrik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengulangi jaminan tarif elektrik tidak akan dinaikkan sepanjang tahun...

Permainan Lego Semakin ‘Ganas’...

PERMAINAN kiub rubik Lego yang begitu digemari oleh kanak-kanak di seluruh dunia dilaporkan...

PRN Johor: PH Mendahului...

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) kini sedang mendahului pengiraan bagi Dewan Undangan...

Sekolah Beroperasi Seperti Biasa...

KOTA BHARU - Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula mulai esok...

Najib Minta Warga Maya Kenal Pasti Identiti Pemimpin PH

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi ‘mengusik’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dianggapnya gemar mengambil kredit daripada usaha yang dilakukan kerajaan terdahulu.

Kali ini, Najib menerusi status yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau hari ini mempertikaikan peranan kerajaan PH dalam Projek Casa Anggun, iaitu satu daripada projek untuk rakyat yang dilakukan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Rasa tidak puas hati Najib itu timbul selepas kerajaan PH menerusi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini hadir dalam majlis penyerahan kunci bagi projek Casa Anggun kepada warga pemilik.

“Begitu besar sumbangan saudara dalam gambar ini (Mohamed Azmin) yang identitinya tidak dapat dikenal pasti.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya sebab saudara ini menyerahkan kunci perumahan bagi sebuah projek yang saya, Najib Razak buat dahulu,” katanya dalam status tersebut.


Najib menambah, kerajaan BN dahulu berusaha untuk menyediakan kemudahan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan selesa serta mampu disewa atau dibeli oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya, kerajaan PH hari ini pula berusaha bertungkus lumus membuat majlis penyerahan kunci dan mengambil kredit atas projek kerajaan BN dahulu. – UTUSAN ONLINE

Kategori