Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Dolce & Gabbana Perkenalkan...

GERGASI fesyen dunia, Dolce & Gabbana bakal mengeluarkan koleksi terbaharu yang akan memeranjatkan ramai orang. Empayar fesyen...

Arahan Pelik Hasut Murid...

ANEH... Netizen tempatan sejak semalam kecoh dengan satu pekeliling oleh Pejabat Pendidikan Daerah...

Dipenjara Kerana Cederakan Bekas...

KUALA LUMPUR - Akibat mencederakan bekas teman wanitanya, seorang pembaik alat pendingin hawa...

Suarez Buat Penampilan Sulung...

MADRID - Selepas 122 hari, Luis Suarez akan 'bebas' semula untuk beraksi dalam...

Nora Anne Hilang: Keluarga Tawar Ganjaran RM50,000

SEREMBAN – Keluarga remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di sini sejak 4 Ogos lalu menawarkan ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat memberi maklumat sehingga gadis tersebut ditemui.

Ibu Nora Anne, Maebh Jaseprine Quorin, 46, berkata, wang ganjaran itu adalah sumbangan daripada beberapa perniagaan yang berpangkalan di Belfast, Ireland.

Menurut beliau, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian hotline polis di talian 0111-2285058 atau emel kepada [email protected] dari luar Malaysia.

“Nora Anne adalah anak pertama kami. Dia sangat berharga pada kami. Kami memohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Nora Anne membantu kami  mencarinya. 

“Pihak polis sedang bekerja gigih mencari Nora Anne. Bagi membantu pencarian mereka, kami menawarkan ganjaran RM50,000 untuk apa jua maklumat yang dapat membantu kami mencari Nora Anne,” katanya pada satu sidang media di Balai Polis Pantai di sini hari ini.


Nora Anne dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill dekat sini pada pagi 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibunya, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya.

Semasa kejadian, mangsa tidur dalam bilik bersama Innes Julia, 12, dan Maurice Arthure, 8, sebelum adiknya mendapati gadis tersebut sudah tiada kira-kira pukul 8 pagi.

Mangsa bersama ahli keluarganya tiba di resort berkenaan pada pukul 7 pagi, 3 Ogos lalu. – K! ONLINE

Kategori