Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Kira-kira 10 Maut’ Dalam...

KYIV: Serangan Russia ke atas kemudahan tentera di bandar Dnipro, tengah Ukraine menyebabkan...

Nafi Cadang Perogol Kahwin...

KUALA LUMPUR - Datuk Shabudin Yahya hari ini menafikan bahawa beliau telah mencadangkan...

Pan Borneo Sabah: Kerajaan...

KOTA KINABALU - Kerajaan sedang mempertimbang untuk membenarkan kaedah usaha sama antara kontraktor...

Lebih Mudah Keluarkan KWSP...

SHAH ALAM - Lebih mudah jika orang ramai dibenarkan mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang...

Paul Yong Bertegas Mahu Teruskan Tugas

IPOH – Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Perak, Paul Yong Choo Kiong menegaskan tiada keperluan untuknya bercuti daripada tugas-tugas rasmi seperti disarankan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam.

Menurutnya, selagi belum dijatuhkan hukuman, beliau masih punya mandat untuk menjalankan tugas selaku wakil rakyat dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Setakat ini saya bukan penjenayah, sesiapapun sebelum dijatuhkan hukuman di mahkamah, dia belum lagi penjenayah.

“Saya telah dipilih rakyat jadi saya mesti teruskan tugas dan perkhidmatan, tidak perlu saya berhenti dan tiada sebab untuk saya bercuti,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.

Beliau yang hadir ke mahkamah sekitar jam 9 pagi tadi berdepan pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, bulan lalu.

Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu mengaku tidak bersalah sebelum dikenakan jaminan RM15,000.


Semalam, Ahmad Faizal menasihatkan agar wakil rakyat DAP itu bercuti daripada tugas-tugas rasmi beliau termasuk tidak mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat yang melibatkan membuat keputusan sehingga proses perbicaraan selesai.

Dalam pada itu, Paul Yong mempersoalkan tindakan polis yang didakwa tidak menjalankan siasatan secara profesional.

Katanya, kertas siasatan kes itu telah dipulangkan Pengarah Pendakwaan Negeri sebanyak tiga kali, namun dalam tempoh itu polis tidak memanggilnya untuk memberi kenyataan bagi melengkapkan lagi siasatan.

“Kalau polis menjalankan tugas secara profesional, maka pagi ini saya tidak perlu dituduh di mahkamah,” katanya. – Sinar Harian

Kategori