Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PRK Sg Besar: 17...

SUNGAI BESAR - Tujuh belas laporan polis diterima sepanjang kempen pilihan raya kecil...

Rakan Artis Ucap Takziah...

PASTINYA kehilangan pelawak Yus Jambu cukup mengejutkan semua rakan artis dan peminatnya.Yus atau...

QZ8501 : Objek Serpihan...

Laporan terkini menunjukkan beberapa objek menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat dikatakan ditemui...

Tak Perlu Bawa Kad...

PENGGUNAAN kad Touch 'n Go kini sudah boleh dianggap sebagai satu keperluan dalam...

Pemandu Treler Maut Terowong Menora Sesak 7 Kilometer

KUALA KANGSAR – Pemandu treler maut manakala pemandu dan seorang penumpang pacuan empat roda cedera susulan terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 256.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora, tengah hari tadi.

Kemalangan pada 12.10 tengah hari itu membabitkan treler membawa muatan batu kerikil dan Toyota Land Cruiser yang menyebabkan kenderaan berat terbabit melintangi laluan selain muatan turut bertaburan hingga laluan ke utara terhalang sepenuhnya.

Kejadian itu mengakibatkan kesesakan sejauh tujuh kilometer (km) dan laluan kontra terpaksa dibuka bagi membolehkan pengguna lebuh raya yang terperangkap meneruskan perjalanan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, kemalangan itu mengakibatkan pemandu treler M Lithiskumar, 32, maut di lokasi kejadian.

ā€œPemandu pacuan empat roda, berusia lelaki berusia 32 tahun cedera di bahagian pinggang, manakala penumpang wanita berusia 33 tahun tidak cedera.

ā€œSiasatan awal mendapati treler berkenaan dalam perjalanan dari arah Ipoh ke Taiping dan sampai di tempat kejadian ia dipercayai terlanggar bahagian belakang pacuan empat roda berkenaan yang sedang bergerak di lorong kiri jalan,ā€ katanya ketika dihubungi hari ini.

Zakaria berkata, akibat dari perlanggaran itu kedua-dua kenderaan terbalik ke dalam longkang di bahu kiri jalan dan treler berkenaan juga menghalang sepenuhnya laluan ke utara.

ā€œMangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan ambulans untuk rawatan susulan.


ā€œAliran trafik sesak sepanjang lebih 7km hala ke utara kerana kedua-dua lorong terhalang untuk semua kenderaan,ā€ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim ketika dihubungi pula berkata, pengguna lebuh raya diminta keluar di Tol Ipoh Selatan hala utara bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan susulan kemalangan itu.

ā€œPihak PLUS juga membuka laluan kontra di KM256.3 hingga KM253.9 berhampiran lokasi kemalangan dalam proses mengurangkan kesesakan,ā€ katanya.

Dalam pada itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak ketika dihubungi berkata, mereka tiba di lokasi selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.29 tengah hari dan mendapati pemandu dan penumpang pacuan empat roda sudah dikeluarkan orang awam daripada kenderaan yang terbalik itu.

ā€œPemandu treler pula disahkan maut di tempat kejadian dan bomba membantu mengangkatnya menggunakan pengusung sebelum menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 1.46 tengah hari,ā€ katanya. – BH Online

Kategori