Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Caprice Tampil Lagi, Mia...

PENYANYI rapper, Caprice kini lebih dikenali di laman Isntagram miliknya kerana dia sering...

Video: Dua Kumpulan Gangster...

RAMADAN kali ini nampaknya negara banyak disajikan dengan cerita-cerita panas mengenai pergaduhan.Kami yakin...

Milik Siapa Tas Tangan...

SEMALAM, gempar dengan berita penemuan 72 beg berisi wang tunai pelbagai mata wang...

Tak Layak Bertanding, Tian...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini memfailkan saman pemula...

Penagih Dadah Rosakkan Surau Ditahan

KUALA LUMPUR – Pihak polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung satu kejadian pencerobohan dan melakukan kerosakan di dalam sebuah surau di Brickfields di sini, semalam. 

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad  berkata, tangkapan terhadap suspek dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak pengurusan surau berkenaan.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi dan suspek yang berusia 40 tahun telah memasuki surau Madrasathul Gouthiyyah sebelum memecahkan peralatan di dalam surau berkenaan seperti mimbar, jam dinding dan papan tanda Ahli Jawatankuasa (AJK) surau mengakibatkan kerugian mencecah RM2,000.

“Tindakan lelaki berkenaan bagaimanapun dapat dirakamkan oleh televisyen litar tertutup (CCTV) yang seterusnya membawa kepada penahanan suspek kira-kira pukul 6.30 petang hari yang sama di sekitar Taman Desa, di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Roslan Bek, semakan ke atas rakaman CCTV mendapati suspek yang memakai kemeja T berwarna biru dan berseluar pendek merah telah menggunakan objek seperti besi untuk merosakkan barangan di dalam surau.

“Pihak polis turut merampas satu tukul besi yang dipercayai digunakan oleh suspek yang merupakan seorang gelandangan serta pakaian yang dipakainya semasa kejadian. 


“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan semakan yang dilakukan mendapati lelaki berkenaan turut mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi,” katanya.

Jelas beliau, suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga 23 Ogos ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Kategori