Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“PPBM Hantar Laporan Palsu...

SUNGAI PETANI – Seorang anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini membuat...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari...

Pegawai Polis Nafi Cakap...

PUTRAJAYA - Seorang pegawai Pasukan Gerakan Am (PGA) menafikan pernah menengking anggotanya kerana...

Debat: Chong Masih Belum...

SEREMBAN - Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon masih belum menerima...

Penerbangan Pulang Pertama Jemaah Haji Isnin Ini

MAKKAH – Penerbangan pulang pertama jemaah haji Malaysia dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.50 petang waktu Malaysia pada Isnin ini (19 Ogos), kata Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman.

Beliau berkata, penerbangan itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah dekat sini pada pukul 1.10 pagi waktu tempatan atau 6.10 pagi waktu Malaysia.

Katanya, penerbangan balik terakhir jemaah haji Malaysia adalah pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan atau 6 petang waktu Malaysia pada 12 Sept ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Abdul Aziz di Madinah.

“Penerbangan terakhir itu dijangka tiba di KLIA pada hari Jumaat  13 September pada pukul 3 pagi (waktu Malaysia),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Makkah, Abraj Janadriyah di sini hari ini.

Penerbangan pulang pertama itu akan membawa seramai 483 jemaah haji Malaysia dan sebanyak 69 penerbangan akan terlibat dalam operasi membawa pulang jemaah itu.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.


Syed Saleh berkata, jemaah haji yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz melibatkan penerbangan antara 18 Julai hingga 5 Ogos, akan dibawa ke Madinah bermula Jumaat ini (23 Ogos) selepas solat Jumaat.

Beliau berkata, semua jemaah haji Malaysia selamat pulang ke Makkah dari Mina pada pukul 10.50 pagi semalam waktu tempatan atau 3.50 petang semalam waktu Malaysia setelah menyelesaikan ibadah melontar jamrah.

“Alhamdulillah jemaah haji telah selesaikan tunaikan tawaf dan sai’ haji. Bagi operasi haji untuk tahun ini, semuanya berjalan dengan lancar dan secara keseluruhan saya berpuas hati dengan perjalanan musim haji tahun ini,” katanya.

Kategori