Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pecat Ahli UMNO Bersekongkol...

MELAKA - Badan Perhubungan UMNO Melaka mencadangkan agar Majlis Tertinggi (MT) parti itu...

Harga Sayur Dijangka Naik...

Kuala Lumpur : Dua persatuan mewakili pengusaha sayur terbesar di negara ini menjangkakan...

Penjawat Awam Perlu Kerja...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan penjawat...

COVID-19: Ada Pesakit Tak...

PUTRAJAYA - Meskipun sudah lebih setahun negara berjuang memerangi COVID-19, kesedaran masyarakat mengenai...

Penuntut Malaysia Maut Jatuh Tingkat 23 Di Australia

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23 pangsapurinya di Sydney, Australia hari ini.

Mangsa, Amirul Ashraff Md Azhar, 22, yang berasal dari Taiping, Perak adalah penuntut tahun akhir Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di Universti Technology Of Sydney.

Ibunya, Zunaidah Ahmad, 46, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anak sulung daripada tiga beradik itu selepas suaminya, Md. Azhar Hasbullah, 48, dihubungi pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia petang ini.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya dimaklumkan anaknya telah terjatuh dari pangsapuri didiaminya yang terletak kira-kira lima kilometer dari universiti berkenaan.

“Sehingga kini, saya menunggu maklumat lanjut dari MARA berikutan dia adalah pelajar tajaan MARA,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zunaidah memberitahu, sebelum ini anaknya ada menghubunginya memberitahu dia gagal lima subjek dan perlu membuat rayuan kepada MARA.

“Dia sudah membuat rayuan kepada MARA dan saya merasakan dia tertekan. Apapun, saya kini sedang menunggu maklumat lanjut daripada pegawai di sana.


“Sepanjang dia di sana dia tidak menceritakan masalah lain selain gagal lima subjek berkenaan,” ujarnya.

Tambah Zunaidah, kali terakhir dia menghubungi anaknya itu adalah pada 30 Julai lalu ketika sambutan ulang tahun kelahiran mangsa.

“Saya kini menunggu perkembangan daripada pegawai MARA di sana.

“Kami tidak dapat ke sana memandangkan masalah kewangan yang tidak mencukupi namun sekiranya semuanya selesai, jenazah akan dikebumikan di Taiping, Perak,” katanya.

Kategori