Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Dangdut Maut Dipatuk...

TIDAK dinafikan muzik dangdut merupakan di antara genre muzik yang paling mendapat perhatian...

Untung Bersih DRB-Hicom Susut

KUALA LUMPUR - Keuntungan bersih DRB-Hicom bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019,...

Berpegang Teguh Pada Nilai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat Malaysia...

Tempat Najip Ali Selaku...

PELAKON dan pelawak Najib Ali yang terlibat dalam kontroversi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri...

PH Tetap Harus Kurangkan Penjawat Awam – Yew Yin

IPOH – Ahli perniagaan, Koon Yew Yin menyifatkan tempoh dua jam setengah disoal siasat oleh polis pada Isnin lalu berhubung kenyataan dalam blognya yang didakwa menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai ‘benar-benar istimewa’.

Yew Yin, 87, yang memberi keterangan di Balai Polis Jelapang di sini pada Isnin lalu berkata, beliau disoal siasat kerana memberikan enam cadangan kepada kerajaan dalam laman blognya untuk mengurang dan meningkatkan mutu perkhidmatan penjawat awam.

Namun Pengasas syarikat Gamuda Berhad dan pemilik IJM Corporation itu tetap mempertahankan cadangannya dan mahu ia dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus menimbangkan cadangan ini dengan serius dan bukan sebaliknya mengarahkan polis menyoal siasat saya.

“Kerajaan dikaburkan oleh isu kecil tanpa melihat isu yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Yew Yin, cadangannya supaya jumlah penjawat awam di negara ini dikurangkan ialah untuk Malaysia menjadi negara membangun.

Kata beliau, Malaysia pernah menjadi pengeluar terbesar bijih timah, getah dan minyak kelapa sawit di dunia.


“Singapura, Taiwan dan Korea Selatan menjadi negara membangun walaupun mereka tiada balak untuk membina rumah-rumah,” katanya. 

Yew Yin memberikan cadangan tersebut ekoran kerajaan berbelanja besar untuk perkhidmatan awam dengan mendakwa Malaysia mempunyai kira-kira 1.6 juta pekerja di sektor awam dengan nisbah seorang penjawat awam kepada 19.37 rakyat Malaysia.

Menurutnya, jumlah itu menyebabkan kerajaan menanggung beban perbelanjaan yang tinggi sekaligus mengurangkan pendapatan kerajaan. 

Antara cadangan beliau ialah mengurangkan jumlah anggota tentera, tidak melantik guru berdasarkan kaum tetapi berdasarkan meritokrasi dan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) turut diperluaskan kepada masyarakat bukan bumiputera.

Beliau kemudiannya meminta maaf secara terbuka kerana menghina anggota tentera yang disifatkannya hanya makan dan tidur serta menarik balik kenyataan laman blognya. – UTUSAN ONLINE

Kategori