Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ahmad Dhani, Anak Soekarno...

JAKARTA - Polis Indonesia menahan beberapa individu terkenal termasuk Rachmawati Soekarnoputri, adik bekas...

Siasat Ketirisan Kontrak Pengorekan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan sedang menjalankan siasatan dalaman bagi merungkai isu ketirisan...

Beri Mandat Kepada BN...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat India memberi...

99,616 Sudah Terima Vaksin...

KUALA LUMPUR - Jumlah penerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Malaysia...

Piagam 14 September Signal Awal Kerjasama PRU15

KUALA TERENGGANU – Piagam yang akan dimeterai antara PAS dan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September nanti merupakan isyarat awal kerjasama kedua-dua parti utama itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, piagam bersama itu menjadi perkara utama dibincangkan beliau bersama Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam perjumpaan mereka di rumah Presiden UMNO itu semalam.

“Ya, ke arah PRU15,” katanya ringkas ketika ditanya sama ada pertemuan itu menjurus kepada kerjasama ke arah PRU akan datang.

Bagaimanapun katanya, soal pembahagian kerusi tidak disentuh kerana disifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu.

Menurut Abdul Hadi, pertemuan berlangsung selama sejam itu lebih berkisar mengenai piagam melibatkan PAS dan UMNO terutama dari segi kenyataan bersama, agenda dan penyusunan wakil-wakil daripada parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Selepas itu kita serahkan kepada jawatankuasa teknikal mewakili PAS dan UMNO,” katanya ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Maahad Baitur Rahman di Kampung Banggol Donas, Manir di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi dalam laman Facebook rasmi beliau membuat hantaran gambar pertemuan dengan Ahmad Zahid bersama beberapa kepimpinan utama kedua-dua parti tersebut dengan kenyataan ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Muafakat membawa berkat’.


Mengulas lanjut perjumpaan tersebut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, kehadirannya ke rumah Ahmad Zahid diatur sebagai kunjungan balas bagi mengeratkan lagi hubungan selepas pemimpin utama UMNO itu datang ke Terengganu dan pejabat agung PAS.

“Tidak ada parti lain (dalam pertemuan itu) sebab PAS sudah adakan pertemuan dengan parti-parti Gagasan Sejahtera dan NGO. UMNO juga adakan pertemuan dengan parti komponen BN dan kita mewakili gagasan masing-masing yang bersepakat dengan pimpinan,” katanya.

UMNO dan PAS akan memeterai satu piagam ataupun perjanjian kerjasama yang dijadualkan berlangsung pada 14 September nanti.

Dijangka lebih 10,000 ahli dan penyokong kedua-dua parti akan hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu. – Sinar Harian

Kategori