Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

RM300,000 Untuk Usahawan Muda...

KANGAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Perlis menyediakan dana sebanyak RM300,000 tahun ini bagi membantu usahawan muda memula dan mengembangkan perniagaan di bawah program Agropreneur Muda.Pengarahnya, Shahrizan Sudiman berkata Fama juga menggalakkan usahawan perniagaan bergerak seperti usahawan trak makanan merebut pelu...

Pemulihan Ekonomi Negara Semakin...

KOTA BHARU - Pemulihan ekonomi negara semakin meningkat berikutan langkah-langkah yang diambil oleh...

Vietnam Minta Malaysia Tingkat...

HANOI - Vietnam meminta Malaysia meningkatkan hubungan dagang dan pelaburan antara kedua-dua negara,...

15 Pelampau Ditahan Kerana...

BAITULMAQDIS - Polis Israel menahan 15 pelampau Yahudi susulan siasatan terhadap kumpulan dituduh...

Piagam UMNO, PAS Bukan Sekadar Kerjasama Politik

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan piagam antara UMNO dan PAS bukan sekadar berlandaskan kerjasama politik, malah turut mencakupi aspek akidah, keimanan dan keikhlasan.

Beliau berkata, kerjasama itu bukan sekadar piagam semata-mata, sebaliknya lebih mementingkan tahap pelaksanaan terhadap piagam yang dibentuk secara bersama.

“Jika akidah menjadi landasan, keimanan jadi pegangan dan keikhlasan dijadikan tapak untuk melaksanakan piagam ini, bukan sekadar negeri Selangor ini kita rampas semula, tetapi Putrajaya pun kita akan rampas semula.

“Dengan syarat mestilah berlandaskan tiga perkara tersebut kerana apa yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH), kesepakatan mereka hanya berlandaskan kepentingan politik, perjanjian mutaah. Sebab itu kita boleh lihat pecah-belah telah mula berlaku dalam PH.

“Lihat apa yang berlaku dalam PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah bukan retak menanti belah tetapi pecah menanti kehancuran,” katanya yang dipetik laporan UMNO Online ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya dekat sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kategori