Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Banjir Di Negeri Terjejas...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak dilaporkan beransur...

Covid-19 Pengaruhi Tingkah Laku...

KUALA LUMPUR - Satu kaji selidik oleh Vasa.ai menunjukkan tingkah laku pembelian pengguna...

Khaled Berterima Kasih Atas...

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan penghargaan...

Reaksi Shila Amzah Terhadap...

SEWAKTU malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) baru-baru ini pelakon Sharnaaz Ahmad dikhabarkan telah...

PKR Lapor Polis Dakwa Mahathir Guna Perkataan ‘Paria’

PETALING JAYA – Beberapa ahli PKR Kapar membuat laporan polis terhadap Dr. Mahathir Mohamad kerana menggunakan perkataan “paria” ketika mengulas isu Lynas Corporation.

Dalam laporan V Maneyvannan di Balai Polis Sungai Kapar yang dilihat FMT, beliau membidas perdana menteri menggunakan perkataan itu yang didakwa mengguris hati masyarakat India.

Maneyvannan bersama 3 individu lain menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan menggesa ketua polis negara serta Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan sewajarnya dengan segera.

Maneyvannan ketika dihubungi berkata, Mahathir tidak sepatutnya menggunakan perkataan itu.

“Kerana jika beliau berbuat demikian, kumpulan lain akan menggunakannya juga,” katanya yang tahu perkataan itu dalam kamus merujuk kepada golongan dipinggirkan.

Maneyvannan turut mendakwa penggunaan perkataan itu membayangkan Malaysia masih mengamalkan sistem kasta yang mencadangkan “paria” sama seperti “dalit”, iaitu golongan terendah dalam sistem kasta di India.

“Rakyat Malaysia mahu masyarakat tanpa kasta,” katanya.


Semalam, Mahathir dilaporkan berkata, Lynas Corporation tidak boleh diminta keluar dari negara ini “seperti paria” kerana ia akan merosakkan pelaburan masa depan di Malaysia.

“Jika kita layan Lynas seperti paria dan minta mereka meninggalkan negara ini, kita tidak akan mendapat orang lain untuk datang dan melabur,” katanya ketika ditanya dakwaan pengkritik yang lesen operasi syarikat nadir bumi itu diperbaharui kerana hubungan rapatnya dengan kerajaan Jepun.

Pada 2011, perkataan “paria” mencetuskan kontroversi selepas ia digunakan dalam sebuah buku bertajuk “Interlok”.

FMT cuba menghubungi polis Selangor untuk mendapatkan komen. – FMT

Kategori