Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Tiada Aduan Dan Kes...

KOTA BHARU - Tiada sebarang aduan dan kes berhubung keracunan laksa di Kelantan...

Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian...

PUTRAJAYA - Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan bagi membantu...

Menyamar Polis Untuk Larikan...

KUANTAN - Polis giat mengesan seorang lelaki berusia awal 30-an yang disyaki menyamar...

PH Tak Tawar Pendidikan...

PETALING JAYA : Pakatan Harapan (PH) tidak mengulangi tawaran pendidikan percuma dalam manifesto...

Polis Buru Individu Panah Anjing Hingga Mati

LANGKAWI – Polis sedang memburu individu yang bertindak kejam membunuh seekor anjing dengan memanah haiwan itu hingga mati berhampiran sebuah kedai serbaneka 24 jam di Dayang Bay, Kuah di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut selepas seorang pengadu wanita melihat satu hantaran di Facebook mengenai seekor anjing yang ditemukan dengan dua kesan panah di badan haiwan itu.

“Semasa pihak polis sampai ke tempat kejadian, anjing tersebut telah ditarik oleh orang awam untuk dibuang ke laut. Bagaimanapun bangkai anjing tersebut berjaya diperoleh semula dan telah dibawa ke Klinik Haiwan Chenang untuk dibedah siasat memandangkan tiada Pegawai Veterinar bertauliah di Langkawi,” katanya di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata sehingga kini belum dapat dipastikan sama ada ia adalah anjing peliharaan atau liar kerana belum ada pihak yang tampil membuat laporan kehilangan haiwan peliharaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) (d) Akta Binatang 1953. Polis juga meminta pemilik akaun Facebook Chen Liau Weng serta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan agar tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Kategori