Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

OIC Iktiraf Baitulmaqdis Ibu...

ISTANBUL - Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebulat suara iktiraf...

Sekatan Pergerakan Penuh Bermula...

KUALA LUMPUR - Perhatian! Jika anda keluar rumah untuk membeli barang keperluan hari...

Ismail Dilantik Ketua Pengarah...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan, Datuk Ismail Abu...

Penganjur Mahu Search Mohon...

LAGENDA kumpulan rock tanah air, Search kini bukan sahaja berhadapan dengn konflik bersama...

Polis Nafi Berlaku Rusuhan Di Brickfields

KUALA LUMPUR – Polis menafikan mesej yang tular mendakwa akan berlaku rusuhan di kawasan Little India, Brickfields di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, keadaan adalah selamat dan terkawal.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya serta menyebarkan sebarang berita palsu yang boleh menyebabkan kegusaran dalam masyarakat.

“Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular satu mesej mengatakan berlaku situasi tidak menyenangkan di kawasan Little India, Brickfields pada 23 dan 24 Ogos 2019.

Mesej itu turut menggesa keluarga, adik-beradik supaya tidak melalui kawasan tersebut sebagai langkah keselamatan.


Terdahulu, pihak polis telah menerima notis pemakluman daripada penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung hasrat mengadakan satu perhimpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians dan Other Races’ pada 24 Ogos (Sabtu) jam 2 petang di ‘Water Fountain Little India’, Brickfields.

Bagaimanapun, notis yang dikemukakan didapati tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang.

Polis menasihati orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan.

Kategori