Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

UniSZA Terima 1,845 Pelajar...

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sedia menerima 1,845 pelajar baharu...

Kenapa Kerajaan PN Jual...

Kenapa kerajaan jual Exchange 106, adakah ianya dijual melalui tender terbuka, berapa harga jualan dan jika ianya benar-benar telah dijual tidak pernah diumum kerajaan PN pula.

“Saya Terima Surat Daripada...

BEKAS Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid tampil sebagai saksi kelima pendakwaan memberikan...

Dong Jiao Zong Akui...

PUTRAJAYA - Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong)...

Polis Nasihat Penganjur Batal Ceramah Zakir Naik Di Perlis

KANGAR – Polis menasihatkan penganjur Malaysia Revert Camps membatalkan slot ceramah pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik dan keluarganya pada program itu yang bermula hari ini hingga Ahad ini bagi menjaga sensitiviti dan desakan pelbagai pihak.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohamad berkata, nasihat tersebut dipersetujui Mufti Negeri, Dr. Asri Zainal Abidin dan pihak Jabatan Mufti negeri telah pun mengeluarkan surat kepada penganjur untuk mengecualikan Zakir dan keluarga daripada bercakap pada program tersebut agar tidak timbul sebarang isu.

Selain Zakir, isteri beliau Farhat Naik serta anak mereka Fariq, Rushda serta Zikra dilapor turut diberikan slot ceramah pada program itu yang dianjurkan oleh One Centre Malaysia Perlis (OCMPs)

“Sebanyak 150 laporan polis telah dibuat. Program boleh diteruskan dan Zakir Naik dibolehkan hadir pada program itu, tetapi dilarang berucap dan memberi ceramah sama sekali,” katanya kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Lima Ketua Jabatan Kontinjen (IPK) Perlis di sini, hari ini.

Mushar berkata, sekiranya penganjur masih membenarkan Zakir dan keluarganya untuk memberi ceramah, tindakan akan diambil di bawah undang-undang yang bersesuaian termasuk di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Kategori