Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Ini Memakai...

TIDAK dinafikan, trend terkini untuk menjadi popular dan viral adalah dengan cara melakukan...

PEJUANG Hanya Tanding 42...

PUTRAJAYA : Tindakan Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) hanya bertanding 42 daripada 56 kerusi...

Cuti Thaipusam Kekal Sebagai...

ALOR SETAR – Cuti Thaipusam di Kedah akan dikekalkan sebagai cuti peristiwa setiap...

24 Maut Akibat Banjir,...

NEW DELHI - Hujan lebat dan tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 24 orang di...

Polis Pantau Video, Gambar Kes Kematian Syed Muhammad Danial

SHAH ALAM – Polis masih memantau beberapa video termasuk gambar yang dimuat naik melalui media sosial berkaitan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, yang terlibat kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan, Kajang berhampiran susur Bandar Baru Bangi, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya memantau kesemua yang dimuat naik oleh netizen melalui laman sosial.

“Ia termasuk gambar yang didakwa merupakan gambar Syed Danial dan kita masih menyiasat tentang perkara tersebut.

“Termasuk juga dengan beberapa video yang dimuat naik, polis sentiasa memantau mengenai video-video tersebut,” katanya.

Menurutnya, dalam soal ini, pihaknya meminta masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi.


“Saya minta orang ramai agar tidak membuat sebarang tuduhan dan spekulasi berhubung perkara ini kerana ia masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, Syed Muhammad Danial maut setelah berlaku perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan.

Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Kategori