Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SPRM Tahan Ahli Perniagaan...

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan disyaki...

Video: Rakyat Malaysia Cerita...

SEORANG rakyat Malaysia yang menetap di Perancis, Mohd Farid Razali, 28 nyaris menjadi...

Ulama Dunia Gesa Negara...

PUTRAJAYA - Semua negara Islam digesa memutuskan sebarang bentuk hubungan dengan Israel terutamanya...

Karnival YEZ Wadah Kreatif...

MERIAH... Hujung tahun ini sekali lagi umat Islam di ibu kota 'digegarkan' dengan...

Polis Sahkan Wujud Unsur Cuai Kematian Bayi Di Taska

SHAH ALAM – Polis mengesahkan wujud unsur kecuaian berhubung kematian bayi lelaki sembilan bulan di dalam baldi sebuah taska di Seksyen 32 di sini, dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ini adalah hasil siasatan lanjut dan rakaman keterangan daripada pemilik taska berusia 30 tahun yang direman sebelum ini sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Memang ada kecuaian daripada pihak pengusa taska dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan bedah siasat daripada pihak hospital bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Ops Lejang di sini hari ini.

Jelas beliau, setakat ini hanya keterangan pemilik taska diambil dan kes disiasat masih disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Kosmo! Online sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki, Abdul Rayyan Mijan, sembilan bulan ditemui lemas tersembam di dalam baldi berisi air di tandas sebuah taska di Seksyen 32, Shah Alam.

Dalam kejadian pukul 1.45 petang pada 24 Julai lalu itu, bayi tersebut ditemui tidak sedarkan diri oleh penjaga taska berkenaan selepas dipercayai merangkak ke dalam tandas yang tidak dikunci pintunya.

Taska tersebut didapati telah beroperasi tanpa lesen selama lapan bulan sejak Disember tahun lalu. – K! ONLINE

Kategori