Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Triti 5 Negara Bagi...

NEW YORK - Malaysia mungkin menandatangani satu perjanjian dengan empat negara yang lain...

Plat F1 Harga RM836K...

PLAT nombor cantik F1 yang dibida oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar telah...

BN Johor Akan Memberi...

BARISAN Nasional (BN) Johor menegaskan akan memberi kerjasama sebaiknya bagi membolehkan proses perolehan...

Kes Parkir Punya Hal,...

GEORGETOWN - Seorang peniaga cedera parah akibat dipukul lebih 10 individu selepas berlaku...

Polis Siasat Perbuatan Khianat Di KLIA

SEPANG – Polis mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  di sini baru-baru ini sehingga menjejaskan operasi penerbangan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, polis menerima laporan tersebut daripada pengadu yang berpangkat Pengurus Besar Kanan, Bahagian Teknologi Maklumat, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini.

“Kita akan menjalankan siasatan berhubung laporan itu. Semasa membuat laporan, tiada sebarang bahan bukti diserahkan kepada pihak polis yang menunjukkan sistem KLIA disabotaj,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Zulkifli, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

MAHB tidak menolak kemungkinan kejadian gangguan sistem di KLIA di sini sehingga menjejaskan operasi penerbangan baru-baru ini adalah berpunca daripada tindakan yang berniat jahat.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin bagaimanapun berkata, pihaknya telah memberikan kuasa penuh ke pada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian itu.

Jelasnya, meskipun berlaku gangguan rangkaian selama tiga hari sejak Rabu lalu, MAHB tetap memberi jaminan kepada orang ramai bahawa aspek keselamatan di lapangan terbang itu masih utuh.

Kategori