Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Polis Saran Rumah Ibadat...

KOTA BHARU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyarankan agar...

“Nak Cuci Tandas Pun...

MEMANG tidak dinafikan kehidupan masyarakat semakin runcing, ditambah pula dengan kos sara hidup...

GST Adalah Harus, Tegas...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini sekali lagi menegaskan bahawa pelaksanaan Cukai...

Pakar Dari UK Turut...

KUALA LUMPUR – Laporan forensik oleh pakar dari United Kingdom (UK) mengesahkan video...

Presiden Tajikistan Ucap Tahniah Sempena Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Presiden Tajikistan, Emomali Rahmon telah mengirim perutusan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia, yang diambut pada 31 Ogos setiap tahun.

“Adalah satu penghormatan tinggi untuk tulus ikhlas mengucapkan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Hari Kebangsaan Malaysia,” kata presiden itu dalam suratnya yang salinannya diterima Bernama, hari ini.

Dalam suratnya itu, presiden itu menekankan bahawa hubungan persahabatan yang akrab dan kerjasama yang bermanfaat antara Tajikistan dan Malaysia akan berterusan dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama demi menggalakkan proses kreatif pembangunan dan pelbagai bentuk kerjasama.

Rahmon juga mendoakan Al-Sultan Abdullah agar dikurniakan kesihatan yang baik, pencapaian-pencapaian baharu, selain kesejahteraan buat rakyat Malaysia yang mesra.

Presiden itu turut menzahirkan kesediaan republik itu untuk menggerakkan potensi besar yang dimiliki oleh kedua-dua belah pihak untuk pembangunan dan hubungan yang saling bermanfaat.


Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaannya yang ke-62 esok selepas mencapai kemerdekaan pada 1957.

Tema sambutan tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ yang menekankan tentang pentingnya perpaduan dan patriotisme demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran bersama.

Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini akan diadakan Putrajaya manakala Hari Malaysia di Kuching pada 16 September.

Kategori