Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lebih 5 Juta Permohonan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,153,238 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 telah...

Pemandu E-Hailing Dakwa Ujian...

PETALING JAYA - Pemandu perkhidmatan e-hailing menuntut reformasi bagi lesen Kenderaan Pengangkutan Awam...

Penubuhan KESA Bahagian Kapit...

KAPIT: Penubuhan Persatuan Sukan Elektronik Bahagian Kapit (KESA) merupakan satu inisiatif memperkasa penglibatan...

AirAsia Dijangka Catat Pendapatan...

KUALA LUMPUR - Hong Leong Investment (HLIB) Bank menjangka AirAsia Group dapat mencatatkan...

Radius Pencarian Remaja Ireland Hilang, Nora Anne Diperluas

NILAI – Pihak polis hari ini meluaskan radius pencarian bagi mengesan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang dari sebuah resort, di Nilai pada Ahad, dengan melibatkan kawasan hutan dan penempatan penduduk.


Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, jumlah keanggotaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) juga ditambah.


Katanya, pada hari kedua ini, seramai 159 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Perhutanan Negeri dan penduduk tempatan digerakkan selain pihak polis turut mendapatkan bantuan 40 anggota  pasukan dari Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.


Jelasnya, kawasan sekitar resort adalah seluas kira-kira 1.21 hektar, bagaimanapun terdapat hutan berhampiran resort berkenaan seluas hampir 40 hektar.


Katanya, pasukan PGA, Jabatan Perhutanan dan kumpulan Orang Asli yang turut membantu dalam operasi pencarian akan memberi tumpuan di hutan manakala anggota selebihnya melakukan kerja-kerja mencari di kawasan sekitar.

“Resort tersebut tiga ekar, tetapi di belakang ada 100 ekar keluasan, maka kita terpaksa bahagikan kepada dua pasukan, satu pasukan tumpu ke hutan dengan bantuan Orang Asli, Batan Hutan, separuhnya lagi  akan di luar dengan meliputi semua kawasan pentadbiran, perkampungan, hutan pekan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, sehingga kini pihak polis masih belum menemui sebarang petunjuk dan remaja perempuan itu juga difahamkan tidak membawa barangan peribadi seperti pasport dan telefon bimbit bersamanya.


Justeru, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau menemui remaja berkenaan di mana-mana lokasi atau premis supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Astro AWANI semalam melaporkan seorang remaja warga Ireland yang mengalami masalah pembelajaran hilang dari tempat penginapan keluarganya di sebuah resort di Nilai pada pagi Ahad.


Kehilangan remaja itu, Nora Anne Quoririn disedari abangnya kira-kira pukul 6.30 pagi sebelum memaklumkan perkara itu kepada pemilik resort.

Mereka kemudian berusaha mencari remaja tersebut di sekitar resort tetapi gagal menemukannya.

Keluarga dari Ireland yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak itu tiba untuk bercuti di resort berkenaan sekitar jam 7 pagi kelmarin. – Astro AWANI

Kategori