Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia, Indonesia Sepakat Zon...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Indonesia sepakat inisiatif zon waktu seragam ASEAN diberi pertimbangan...

Wanita Cedera Selepas Peluru...

SEORANG wanita cedera selepas sebutir peluru yang terkena kulit armadillo melantun kepadanya.Kejadian di...

Lagi Permohonan Untuk Adnan...

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terus menerima sokongan agar...

Helikopter Terhempas, 2 Cedera

SUBANG - Sebuah helikopter terhempas dalam kejadian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz...

Rangka Manusia Ditemui Dalam Bangunan Terbengkalai

SEBERANG PERAI – Satu rangka manusia ditemui dalam keadaan berselimut di tingkat atas sebuah bangunan kosong di Jalan Bagan Luar, Butterworth di sini semalam.

Rangka yang belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai oleh seorang lelaki yang masuk ke dalam bangunan empat tingkat yang terbengkalai itu kira-kira pukul 5 petang.

Bangunan itu terletak berdekatan sebuah resoran nasi kandar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, rangka tersebut ditemui dalam keadaan anggota badan yang tidak lengkap.

“Ia ditemui dalam keadaan terlentang di atas lantai. 

“Identitinya juga gagal diperolehi kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui di kawasan sekitar,” katanya kepada pemberita hari ini.


Noorzainy berkata, rangka tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat termasuklah bagi mengetahui tempoh kematiannya.

“Pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan berkaitan kehilangan orang atau ahli keluarga dalam masa terdekat.

“Kita meminta orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga untuk menghubungi pihak polis di talian 04-5759122 atau tampil di balai polis berhampiran untuk memudahkan urusan pengecaman,” katanya lagi. 

Kategori