Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

2 Pensyarah Kanan Universiti...

JOHOR BAHRU - Dua pensyarah kanan sebuah universiti awam cawangan Segamat hari ini...

Kerajaan Mohon Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula seorang...

KWSP Umum Dividen Konvensional...

SHAH ALAM : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, mengumumkan agihan dividen...

Pelanggan Kedai Perkakas Terkemuka...

Kadang-kadang, menjadi kebiasaan untuk kita membeli sesuatu barangan tanpa melihat bahan yang digunakan...

RON97 Turun 1 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 turun satu sen seliter kepada RM2.50 seliter bagi tempoh 31 Ogos 2019 sehingga 6 September 2019.

Bagaimanapun, harga bagi bahan api bersubsidi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan, berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit RON95 sepatutnya adalah RM2.20 seliter manakala diesel adalah RM2.25 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas di mana harga runcit produk petrol RON95 berada pada paras RM2.21 seliter dan diesel pada RM2.25 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 31 Ogos 2019 sehingga 6 September 2019 adalah berjumlah RM48.84 juta.

Kategori