Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Suami Durjana Bernafsu Lihat...

KUALA LUMPUR - Selama dua tahun, seorang wanita terpaksa menanggung derita akibat kecenderungan...

PDRM, JAWI Buru Raja...

RAJA Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin menjadi buruan pihak berkuasa sejak Isnin...

Arak Sebenarnya Dilarang...

Arak bukan sahaja diharamkan oleh agama Islam, bahkan juga dilarang menurut agama Hindu, Buddha dan Kristian.

David Teo Tidak Akan...

SEJAK malam tadi, insiden Datuk David Teo ditampar pelakon Mat Over di hadapan Perdana...

“Saya Pembayar Cukai, Berhak Kritik Kerajaan” – Yew Yin

IPOH – Ahli perniagaan, Koon Yew Yin mempertahankan cadangannya supaya kakitangan awam termasuk anggota tentera dikurangkan.

Namun katanya, mungkin caranya ketika mengemukakan cadangan mengenai pengurangan anggota tentera tidak disukai oleh sesetengah pihak.

Beliau berkata, enam cadangan yang dikemukakan oleh beliau untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam sangat bagus.

“Namun ada pihak yang tidak suka dengan cara saya memperkatakan tentang anggota tentera.

“Sepatutnya saya kata pasukan tentera diperlukan ketika perang untuk mempertahankan negara.

“Ketika keadaan negara aman, mereka sepatutnya melakukan kerja lain untuk meningkatkan ekonomi kita,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Yew Yin mengakui berasa bimbang ekoran komen-komen negatif terhadap artikelnya dalam laman blog kendaliannya.


“Namun sebagai pembayar cukai, saya mempunyai hak yang sah untuk mengkritik kerajaan kerana membazirkan wang untuk membayar kakitangan awam per kapita paling tinggi di dunia,” katanya.

Kelmarin, Yew Yin dalam laman blog kendaliannya menggesa kerajaan mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan beliau terlalu besar.

Menerusi tulisan tersebut, Yew Yin dipetik sebagai meminta kerajaan menyemak semula senarai pekerja di jabatan kerajaan serta memecat mereka yang tidak diperlukan.

Antara yang dibangkitkan ialah dengan menjadikan anggota tentera sebagai contoh dan menyifatkan anggota pasukan keselamatan negara itu hanya makan dan tidur sahaja. – UTUSAN ONLINE

Kategori