Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Ikan Naik Sehingga...

GEORGETOWN - Harga ikan di Pulau Pinang naik sehingga 30 peratus berikutan bekalan...

Perlu Sistem Komunikasi Berkesan...

BELAGA - Kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan sistem yang berkesan tetapi murah...

Kerajaan Pandang Serius Ugutan...

PUTRAJAYA - Kerajaan memandang serius tindakan sekumpulan anak muda yang mengugut untuk membunuh...

2 Cedera Dalam Kemalangan...

IPOH - Empat cedera dalam kemalangan membabitkan 16 kenderaan di Kilometer 321 Lebuhraya...

Shamsubahrin Minta Maaf Isu Hina Gojek, Indonesia

KUALA LUMPUR – Pengasas dan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Indonesia yang tersinggung dengan kenyataannya, minggu lepas.

Shamsubahrin berkata, beliau tidak berniat untuk menghina pemandu-pemandu perkhidmatan teksi motosikal atau GoJek apabila beliau mengatakan pengangkutan itu hanya sesuai dijalankan di negara miskin seperti Indonesia.

“Hari ini saya dengan berbesar hati sebagai rakyat Malaysia yang ingin menjaga silaturrahim antara dua negara yang baik selama ini.

“Saya juga tidak menghina atau menjatuhkan martabat pemandu-pemandu GoJek.

“Hari ini saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Indonesia kerana saya telah melabelkan mereka orang miskin,” katanya pada sidang media di ibu pejabat pengendali teksi eksekutif itu, di Wisma Central, di sini, hari ini.

Sebelum ini, penyedia perkhidmatan Gojek mengancam untuk mengepung Kedutaan Malaysia di Jakarta susulan video tular yang dianggap merendahkan Indonesia dan pekerjaan mereka.

Presidium Nasional Gabungan Aksi Roda Dua (Garda) Indonesia, Igun Wicaksono berkata, dia dan seluruh penyedia Gojek di Indonesia sudah mengemukakan surat terbuka yang ditujukan kepada Kedutaan Malaysia.

Kandungan surat itu turut menuntut penjelasan dan permohonan maaf daripada individu dalam video tersebut yang merupakan rakyat Malaysia, pengasas syarikat Big Blue Taxi Services, Shamsubahrin.

Shamsubahrin menerusi video tersebut didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi dengan berkata, ‘Gojek hanya untuk orang miskin seperti di Jakarta’.


Shamsubahrin juga berkata, dengan permohonan maaf itu, beliau berharap agar rakyat Indonesia tidak membuat demostrasi jalanan termasuk mengepung Kedutaan Malaysia di negara jiran itu.

“Dengan permohonan maaf saya ini, saya harap tiada demostrasi dilakukan atas sebab kepentingan kedua-dua negara yang selama ini bersaudara dengan rapat.

“Saya memohon ampun dan maaf sekali lagi kepada rakyat Indonesia dan hubungan akrab di antara Malaysia-Indonesia harus diteruskan,” katanya.

Sementara itu, sebagai langkah menebus kesalahannya itu, Shamsubahrin merancang untuk membawa masuk perkhidmatan e-hailing Big Blue ke Indonesia bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat negara itu.

“Saya membuat perancangan untuk membawa masuk Big Blue ke tanahair Indonesia.

“Saya berharap (dengan langkah ini) dapat membela nasib rakyat dan pemandu-pemandu teksi di sana, kalau saya diberi peluang untuk masuk ke Indonesia,” katanya lagi.

Kategori