Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bapa Daniel Luah Rasa...

SEBELUM ini dunia dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari...

Polis Pulau Pinang Rampas...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menahan lima suspek termasuk seorang wanita yang...

Landasan Lapangan Terbang Haneda...

TOKYO : Sebuah landasan di Lapangan Terbang Haneda Tokyo dibuka semula hari ini,...

Kadar Jenayah Di Labuan...

LABUAN - Kadar jenayah di pulau bebas cukai ini menurun hampir 5.56 peratus...

“Sherry, Saya Minta Maaf” – Mark Adam

KUALA LUMPUR – Penyanyi Mark Adam memohan maaf kepada pengacara, Sherry Alhadad selepas gurauan saiz badan pada konsert pertama Big Stage, malam kelmarin mengundang kecaman netizen.

Mark atau nama lengkapnya Fikri Mark Adam Abdullah, 40, berkata, dia kesal dengan apa berlaku dan tidak menyangka gurauan yang dianggap biasa itu mengecewakan hati ramai peminat, malah turut mengguris perasaan Sherry.

“Saya meminta maaf kepada semua pihak yang terasa dengan kata-kata saya itu. Begitulah saya apabila bergurau, seolah-olah seperti berada di rumah hingga tidak sedar, ia sebenarnya mengguris perasaan orang lain.

“Saya akui, saya terlanjur kata. Saya langsung tidak berniat menghina Sherry atau sesiapa sahaja kerana kami selalu bergurau. Apa yang berlaku pada malam kelmarin, di luar batas profesional dan saya menyesal. Maafkan saya,” katanya dalam rakaman video di Instagram miliknya.

Mark selaku juri jemputan ketika memberi ulasan terhadap peserta program itu, Chaleeda Gilbert mengakui, penyanyi itu memiliki peluang besar, namun turut mengaitkan fizikal Sherry dalam komennya.

“Lihat, peluang ini sangat besar. Malah, hos pun besar,” katanya bergurau, namun Alif Satar sebagai pengacara bersama, pantas menyelamatkan keadaan dengan mengakui, gandingannya itu memiliki bakat besar.


Sementara itu, Mark yang juga finalis Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 berkata, kontroversi itu merupakan pengalaman pertama dia berdepan dengan isu panas sepanjang tujuh tahun menjadi penyanyi.

“Saya perlu lebih berhati-hati menjaga pertuturan, terutama ketika terbabit dalam program secara langsung. Bimbang nanti disalah anggap dan menyebabkan orang lain terasa.

“Saya sudah meminta maaf pada Sherry dan dia ada memberi nasihat. Insya-Allah, saya akan perbaiki kelemahan dan berjanji kesilapan seperti ini tidak berulang lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

Kategori