KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang ahli politik yang bijak menggunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa.
Katanya, jika tidak memiliki kuasa, Dr. Mahathir akan gunakan politik untuk mencari kuasa.
āDr. Mahathir ahli politik yang tahu bagaimana hendak gunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa.
āKalau tak ada kuasa, dia (Dr. Mahathir) akan gunakan politik untuk mendapatkan kuasa,ā katanya dalam Wacana Ilmu Hard Truth: āCash is kingā di Menara Datuk Onn malam ini.
Tambah Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), tidak ada siapa boleh membayangkan Dr. Mahathir kini boleh bekerja bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan juga parti DAP.
āApa yang dia tidak kata kepada Anwar? Malah masa saya jadi Ketua Pemuda UMNO dalam ucapannya selaku Presiden UMNO, dia tuju semua kepada DAP, iaitu DAP anti Melayu, anti Islam dan kini dia bersama dengan parti yang dianggap musuh UMNO, musuh Melayu dan musuh Islam.
āHari ini di bawah Pakatan Harapan (PH), Melayu dan Islam rasa terancam, tapi matlamat utama Dr. Mahathir ialah kuasa, macam mana nak cari kuasa. Dia kemaruk kuasa, tak kira apa harga yang perlu dibayar,ā kata Ahli Parlimen Pekan itu.
Najib turut menjelaskan frasa āCash is Kingā yang pernah diberitahunya kepada Dr. Mahathir sebelum ini, katanya, rakyat adalah king (raja).
āSaya bukan bermaksud secara literal, bila saya sebut ācash is kingā, rakyat itu ākingā, duit itu kita gunakan untuk bantu rakyat.
“Tetapi, Dr. Mahathir gunakan konotasi tidak tepat, sama ada dia tak faham atau buat-buat tak faham.
āMaksud saya, sebagai kerajaan, kita mesti bantu orang yang memerlukan pertolongan. Orang tak cukup duit nak beli kasut sekolah, tak cukup makan, ini kumpulan B40 yang memerlukan pertolongan.
āSebagai kerajaan kita mesti tambah hasil negara terutama sekali melalui kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kalau kata saya beli undi, lebih baik saya bagi kepada penyokong BN, tapi kita berikan pertolongan tanpa syarat, tanpa mengira ideologi politik mereka,ā katanya. – Sinar Harian