Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemandu Pelancong Dipenjara 28...

ALOR SETAR - Seorang pemandu pelancong warga Thailand dijatuhi hukuman penjara 28 bulan...

NGO, Kemboja Bincang Bebaskan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa mengadakan perbincangan dengan kerajaan Kemboja...

Bangunan Pembinaan Terbakar Awal...

PETALING JAYA - Bangunan dalam pembinaan di Jalan SS7/26 SS7 Kelana Jaya, di...

Jaga Kepentingan Golongan Kurang...

KUALA LUMPUR - Semakan Bajet 2016 yang perlu dilaksanakan kerajaan untuk menyerap kesan...

Sudahlah Pekebun Kecil Terhimpit, Ditekan Pula Lagi

KANGAR – Kerajaan sepatutnya membantu pekebun kecil yang kehidupan mereka semakin terhimpit berikutan harga getah dan sawit yang semakin merudum dan bukannya memberhentikan skim bantuan penanaman semula yang bakal membebankan lagi golongan itu.

Pengerusi Majlis Belia Felda negeri, Izan Asmawi Habidan berkata, langkah kerajaan itu hanya akan menyebabkan para pekebun kecil tidak lagi mampu mengusahakan tanaman itu pada masa depan.

“Sudah pastinya kebanyakan pekebun ini tidak mampu mengeluarkan modal sendiri yang banyak bagi membiayai penanaman semula ini. Jika dahulu kerajaan boleh bantu, kenapa kali ini perlu diberhentikan oleh kerajaan baharu.

“Saya harap kerajaan dapat kaji semula keputusan ini. Sudahlah peneroka semakin terhimpit, janganlah ditekan lagi dengan perkara yang boleh membebankan peneroka,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Kelmarin, Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengumumkan kerajaan tidak bercadang mewujudkan kembali skim bantuan penanaman semula kelapa sawit kepada pekebun kecil yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Menurut Teresa, skim yang dilaksanakan melibatkan pekebun kecil persendirian itu tidak adil kerana tidak melibatkan keseluruhan pekebun kecil termasuk pekebun tersusun di Felda dan Felcra.


Untuk rekod, di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) menyediakan peruntukan khas bantuan kewangan kepada pekebun kecil sawit iaitu RM7,000 bagi setiap hektar untuk tujuan menanam semula pokok yang sudah tua dan tidak produktif.

Tambah Izan Asmawi, kerajaan perlu mencari jalan bagaimana untuk menaikkan harga jualan dan pasaran hasil pekebun kecil dan bukannya menyekat inisiatif sedia ada sebelum ini.

“Jika harga kembali seperti tahun-tahun sebelum ini, pekebun-pekebun ini, Insya-Allah tidak akan mengalami pelbagai masalah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori