Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hantar Anak Berpuluh Kilometer...

PULAU PINANG - Ibu ini telah memilih, hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya...

167 Kanak-kanak Terkorban Di...

KYIV: Sekurang-kurangnya 167 kanak-kanak terkorban di Ukraine termasuk dua lagi dalam tempoh 24...

24 Calon Perajurit Muda...

SEREMBAN - Lima orang termasuk dua anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Sultan Johor Ingatkan ADUN...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mengingatkan...

Tawaran Maju Holdings Ambil Alih PLUS Masih Dalam Penilaian

KUALA LUMPUR – Cadangan rasmi daripada Maju Holdings Sdn. Bhd. untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd, syarikat konsesi lebuh raya terbesar di Malaysia, masih dalam proses penilaian, menurut Kementerian Kerja Raya.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata cadangan tawaran itu, yang melibatkan pengurangan kadar tol yang ketara, kelihatan menarik.

“Menteri berkenaan (Baru Bian) menyatakan kementerian telah menerima cadangan daripada Maju Holdings dan masih dalam proses menilai merit dan daya majunya.

“Kementerian akan membentangkan dalam Kabinet – ‘Langkah ke Hadapan bagi Jalan Raya Bertol di Malaysia’ pada awal bulan depan, yang akan berdasarkan kepada laporan akhir yang disediakan oleh perunding bebas pada Januari 2019,” menurut kementerian itu.

Kenyataan itu turut menyatakan hanya selepas keputusan Kabinet dibuat, kerajaan akan dapat mempertimbangkan semua cadangan mengenai pengambilalihan lebuh raya bertol di negara ini, termasuk tawaran Maju Holdings-PLUS.


Pada 22 Ogos, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan belum membuat keputusan mengenai cadangan Maju Holdings-PLUS dan mengesahkan kutipan tol lebuh raya itu akan diteruskan walaupun konsesi PLUS diambil alih oleh mana-mana entiti lain.

Maju Holdings yang dikuasai ahli perniagaan Tan Sri Abu Sahid Mohamed, dilaporkan pernah membuat tawaran sebanyak RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS pada 2017.

Kategori