Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Gambar Samsung Galaxy Note...

SAMSUNG dikatakan akan memperkenalkan telefon pintar Galaxy Note 5 mereka pada pertengahan Ogos...

Game Susulan COC, Clash...

SUPERCELL, penerbit permainan Clash Of Clans yang menjadi kegilaan ramai peminat tegar di...

Rita Kena Kritik Bawa...

SEMEMANGNYA, bulan Ramadan yang barakah akan dijadikan waktu untuk umat Islam menggandakan amal ibadah...

Luahan Hati Seorang Mualaf...

SEBELUM ini kami pernah menyiarkan artikel mengenai kisah hidup seorang lelaki bernama Adam...

Najib Tandatangan Borang Tukar TIA Kepada 1MDB

KUALA LUMPUR – Borang pertukaran nama Terengganu Investment Authority (TIA) kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penolong Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Rafidah Yahaya berkata, bekas Perdana Menteri menandatangani Borang 13 atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan.

Beliau dalam keterangannya berkata, pertukaran nama TIA kepada 1MDB dibuat pada 25 September 2009.

“TIA ditubuhkan pada 27 Februari 2009 sebelum ditukar kepada 1MDB. Syarikat tersebut adalah jenis berhad menurut syer syarikat awam,” katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P. Kunyalam ketika pemeriksaan utama dalam perbicaraan hari kedua melibatkan Najib berhubung dana 1MDB.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.


Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah diteruskan untuk sesi petang masih dengan saksi sama. – UTUSAN ONLINE

Kategori