Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Ketua Cawangan Khas Dilantik...

KUALA LUMPUR - Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador...

Penuntut UiTM, 2 Anggota...

MACHANG - Tiga individu termasuk dua anggota tentera maut selepas kenderaan yang mereka...

Pihak Sekolah Diminta Tidak...

Pihak sekolah diharapkan tidak memotong wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 yang...

Penunjuk Perasaan Di Jakarta...

Mynewshub mynewshub mynewshub

Tiada Menteri Letak Jawatan, Tiada Kekosongan Untuk Anwar

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamed membayangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi ahli Kabinet dalam perubahan kecil portfolio jemaah menteri kerana tiada kekosongan buat masa ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita yang bertanyakan sama ada beliau akan membawa masuk Anwar ke Kabinet.

“Kami tidak bincang perubahan atau pertambahan ahli Kabinet, malah tiada juga perbincangan mengenai pertukaran portfolio ahli Kabinet,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertingi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

“Oleh kerana tiada siapa membayangkan mahu meletakkan jawatan (menteri), kita tidak ada kekosongan. Apabila ada kekosongan, kita akan cari calon yang sesuai,” katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Minggu lalu, Mahathir menafikan laporan bahawa akan berlaku rombakan Kabinet melibatkan pengguguran jawatan menteri tetapi sebaliknya berkata beberapa perubahan portfolio akan dilakukan.

Kategori