Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sistem Komunikasi Di Kawasan...

KUALA BERANG - Sistem komunikasi di Terengganu dan Kelantan masih berada ditahap yang...

Jerebu: Seluruh Malaysia Dilarang...

PUTRAJAYA - Seluruh Malaysia diisytiharkan sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka kecuali pembakaran mayat,...

Gempa Nepal: Terpaksa Minum...

SEORANG mangsa yang terselamat daripada bencana gempa bumi yang melanda Nepal Sabtu lalu...

Video: Wanita Mudah Lahir...

LONDON - Apabila anda fikir melahirkan anak amat susah cuba bayangkan, hal ini...

Tiada Rombakan Kabinet, Tiada Menteri Baharu – Mahathir

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan akan berlaku rombakan dalam barisan menteri Kabinetnya seperti didakwa.

Bagaimanapun, beliau mengakui perkara itu ada dibincangkan sebelum ini.

“Tiada rombakan Kabinet, tiada menteri baru. Saya cakap dengan Kabinet (barisan menteri) mungkin ada tukar sikit portfolio.

“Tapi belum ada lagi (rombakan), itu pun saya belum buat dan belum lakukan, kalau nak buat saya beritahu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan di Perbadanan Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas desus mengatakan akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.


Terdahulu, dua akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan rombakan Kabinet akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Menurut Oriental Daily dan Sinchew Daily, Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri akan menyertai Kabinet. – Sinar Harian

Kategori