Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pertandingan Ratu Kaki Panjang...

CHINA – Kaki panjang kini menjadi kegilaan wanita di China hingga satu pertandingan...

Trump Anjur Majlis Iftar...

MESRA... Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akhirnya mengadakan jamuan iftarnya yang pertama...

“Mungkin Mereka Tak Ada...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyindir Menteri Kewangan,...

Exco Johor Didakwa 33...

JOHOR BAHRU - Exco kerajaan negeri, Datuk Abd Latif Bandi bersama seorang perunding...

Tidak Teman Isteri Bersalin Demi Misi Untuk Negara

IPOH – “Saya risau dan kasihan pada isteri yang terpaksa melahirkan anak sulung kami, tanpa saya di sisinya,” demikian antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh Paul Karpaya, seorang bekas komando.

Bagaimanapun, Paul, 67, berkata demi tugas pada negara yang ketika itu berhadapan ancaman komunis, beliau perlu fokus kepada amanah, untuk memastikan misinya berjaya.

Menurut Paul yang berasal dari Kampar, semasa isteri beliau D. Letchimy mahu melahirkan anak sulung mereka pada 1984, beliau ketika itu berada dalam 22 Komando dan sedang menjalankan satu tugasan khas di Tapah.

“Saya fikir habislah tidak tahu bila boleh jumpa anak dan isteri. Macam mana kalau jadi apa-apa pada saya. Dalam masa sama, saya tahu sebagai komando terlatih, tugas adalah lebih utama.

“Saya berdoa semoga Tuhan selamatkan isteri dan anak saya, dan saya juga dapat melaksanakan tugasan dengan sempurna. Sebulan selepas isteri bersalin baru saya dapat balik kampung di Kampar dan tengok mereka,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Paul yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada 1973 sebelum ke 22 Komando pada 1976, berkata antara operasi tidak boleh dilupakan dalam menjejak dan menangani komunis, adalah Ops Selamat Sawadee, di sempadan Perak dan Thailand.

Katanya semasa operasi itu yang turut melibatkan kerjasama dengan tentera Thailand pada 1979, beliau baru tiga tahun menamatkan latihan asas komando di Pusat Latihan Peperangan Khusus di Kem Sungai Udang Melaka, dengan pangkat koperal.

“Semasa itu, kalau dapat arahan untuk operasi, semua berlumba-lumba mahu sertai sebab nak buktikan kebolehan, duduk dalam kem sahaja tak sedap. Kami nak masuk hutan hapuskan komunis,” katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai Ops Selamat Sawadee, ayah kepada empat orang anak itu berkata beliau dan empat yang lain dari 22 Komando diarah membantu 21 Komando yang berhadapan dengan serangan komunis.


“Semasa sampai kami dimaklumkan ada kira-kira 50 orang komunis, tapi bila mereka tahu kami datang sebab dengar bunyi helikopter, mereka sudah lari ke kawasan negara jiran.

“Yang tinggal apa yang dipanggil pertahanan dia, tugas mereka ini kacau kami. Setiap kali kami bergerak mereka lepaskan tembakan, dan seorang anggota terkena tembakan pada kaki.

“Kami cuba jejak, tetapi mereka ini cukup hebat dan pasang banyak jerangkap samar (bobby trap) dan buat laluan khas untuk masuk ke sempadan Thailand. Bila telah masuk kawasan lain, maka kena minta pihak tertinggi untuk rundingan,” katanya.

Paul yang pencen pada 1996 pada usia 42 tahun selepas 22 tahun berkhidmat berkata semua pengalaman yang dilalui semasa berkhidmat sebagai komando adalah sesuatu yang tidak ternilai, malah beret hijau yang dimiliki juga sangat berharga.

“Kalau kita hilang uniform tentera tidak apa lagi, tapi jangan hilang beret ini kerana nak dapatkan bukan mudah. Banyak yang perlu dilalui,” katanya.

Mengakhiri perbualan beliau dengan Bernama, Paul menasihati orang ramai supaya tidak sesekali mengamalkan sikap perkauman, kerana ia boleh memecah belahkan keamanan negara yang dinikmati hasil titik peluh dan darah perajurit.

“Pemikiran negatif, perkauman, jangan diadakan. Kalau perpaduan pecah belah, ia boleh menyebabkan Malaysia jadi kecoh, kita semua mesti sentiasa gembira bersama sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Kategori