Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kakitangan UDA Diarah Bekerja...

KUALA LUMPUR - Semua kakitangan UDA Holdings Berhad (UDA) di ibu pejabatnya di...

Tuanku Muhriz Gesa Kerajaan,...

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya kepimpinan...

3 Warga Itali Maut,...

GENEVA - Tiga rakyat Itali maut dan dua lagi cedera apabila mereka dihempap...

Anwar Tetap Calon Pilihan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor melalui institut penyelidikannya, Institut Darul Ehsan (IDE) mendakwa...

UMNO Akan Bantu Utusan Jika Akaun, Dana Tak Dibeku

KUALA LUMPUR – UMNO akan menyalurkan bantuan kepada Utusan Melayu (M) Bhd. jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghentikan arahan membeku akaun UMNO dan mengembalikan dana yang mereka sita.

Namun akaun bank UMNO telah dibeku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan dana PRU14 parti itu yang berjumlah RM116 juta turut disita dan dibekukan oleh kerajaan PH.

Berikutan itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat tampil membantu Utusan Melayu yang bergelut dengan masalah kewangan dengan membeli senaskah akhbar Utusan Malaysia atau Kosmo setiap hari.

Selain itu, beliau mencadanghkan perniagaan yang ada bajet pengiklanan mempertimbangkan untuk membeli ruang iklan di Utusan Malaysia atau Kosmo manakala ahli perniagaan yang berkemampuan melihat potensi pelaburan atau kerjasama dengan Utusan Melayu.

Ini kerana syarikat itu masih mempunyai potensi dan kakitangan yang berpengalaman jika diuruskan dengan sebaiknya.

“Kita sama-sama tolong kembalikan zaman kegemilangan Utusan,” tulisnya dalam laman Facebook.

Lebih 150 kakitangan Utusan Melayu bukan eksekutif termasuk penerima Skim Pemisahan Sukarela (VSS) hari ini berpiket selama sejam bermula pukul 1 tengahari di hadapan ibu pejabat syarikat itu di Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin, di sini berikutan kegagalan syarikat membayar gaji mereka.


Malah Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia Mohd. Taufek Razak memberitahu, Pengerusi Eksekutif syarikat akhbar itu, Datuk Aziz Sheikh Fadzir juga memaklumkan mahu menutup syarikat akhbar itu jika pihaknya gagal menjual aset dan mendapatkan wang dalam beberapa minggu ini.

Menurut Najib, beliau yang sedih dan bertambah marah apabila membaca berita bahawa Utusan Melayu mungkin menghentikan operasi pada Rabu ini dan gaji pekerja telah tertunggak berbulan-bulan itu tidak yakin kerajaan PH akan membantu syarikat akhbar tersebut.

“Jangan harap kerajaan PH akan menyelamatkan khazanah budaya dan lidah orang Melayu ini. Oleh itu, inilah masanya rakyat semua tampil ke depan untuk menolong,” katanya.

Tambah beliau, akhbar keluaran syarikat itu telah berjuang untuk orang Melayu dan telah tiba masanya mereka membantu dan berjuang untuk syarikat itu pula.

“Bantulah Utusan. Mereka sebahagian dari kita,” katanya. – MalaysiaGazette

Kategori