Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Saya Tidak Akan Berundur...

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN #UMNO1. Saya tidak akan tunduk kepada desakan segelintir orang yang...

MATTA Fair September 2015...

KUALA LUMPUR - Pameran Persatuan Agensi-agensi Pengembaraan dan Pelancongan Malaysia (MATTA) yang kini...

UMNO Keluar Kenyataan Berkaitan...

Dua pemimpin Umno Shahidan Kassim dan Zahidi Zainul Abidin yang masing-masing bertanding sebagai...

Berang Pemandu Warga Emas...

Shah Alam : Berang selepas pemandu warga emas membelok kenderaannya secara tiba-tiba dipercayai...

Video Intai: Bekas Pembantu Timbalan Menteri Akan Didakwa

SEPANG – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Azis Jamman hari ini mengesahkan seorang bekas pembantunya akan didakwa atas pertuduhan merakam video bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbitnya.

Katanya, beliau dimaklumkan kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Saya diberitahu dia akan didakwa, jadi kita akan tunggu. Ia terpulang kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini selepas menghantar sekumpulan jemaah untuk menunaikan haji di Makkah.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Solaris Dutamas, Sri Hartamas di Kuala Lumpur tahun lalu.

Dia yang disiasat kerana mengaibkan kehormatan orang lain dan berkelakuan aib, kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut laporan, mangsa yang merupakan pakar optik sedang menjalankan pemeriksaan mata ke atas Azis di kedai cermin mata di sebuah pusat beli-belah, sebelum menyedari seorang lelaki yang duduk di belakangnya meletakkan telefon bimbit di bawah skirtnya.


Rakaman CCTV di kedai itu menunjukkan lelaki terbabit meletakkan telefonnya berdekatan skirt wanita berkenaan ketika beliau memeriksa penglihatan Azis.

Azis yang juga ahli Parlimen Sepanggar memecat pembantu terbabit selepas rakaman CCTV kejadian itu tersebar di media sosial.

Katanya, tindakan lelaki itu menjejaskan imej dan kredibilitinya selaku timbalan menteri dalam negeri. – FMT

Kategori