MONACO – Virgil van Dijk mengetepikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi untuk dinobat sebagai Pemain Terbaik Eropah UEFA.
Bek tengah Belanda itu mengharungi musim pertama yang menakjubkan bersama Liverpool apabila membantu mereka merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali keenam, Jun lalu.
Dia juga membantu pasukannya muncul naib juara Liga Perdana Inggeris musom 2018/2019 dengan hanya mencatat satu kekalahan dalam 38 perlawanan yang diharungi.
Liverpool hanya dibolosi 22 kali dalam kempen Liga Perdana, malah menumbangkan Bayern Munich, Barcelona dan Tottenham dalam laluan muncul juara Eropah.
Walaupun mendapat tentangan sengit daripada Ronaldo dan Messi, namun majoriti memilih Van Dijk sebagai pemenang tahun ini.
Dia muncul pemain keenam meraih anugerah berprestij itu sejak 2010 selepas Ronaldo memenanginya tiga kali, Messi dua kali manakala
Andres Iniesta, Franck Ribery dan Luka Modric masing-masing sekali.
Van Dijk juga merupakan pemain Belanda pertama menerima penghormatan tersebut, malah menjadi pilihan untuk memenangi anugerah Ballon d’Or tahun ini.
Pemain berusia 28 tahun itu adalah pertahanan pertama dipilih sebagai Pemain Terbaik Eropah sejak Fabio Cannavaro pada 2006. – Agensi
SENARAI PEMENANG
Pemain Lelaki Terbaik: Virgil van Dijk (Liverpool)
Pemain Wanita Terbaik: Lucy Bronze (Lyon)
Penjaga Gol Terbaik: Alisson (Liverpool)
Pertahanan Terbaik: Virgil van Dijk (Liverpool)
Pemain Tengah Terbaik: Frenkie de Jong (Ajax, sekarang Barcelona)
Penyerang Terbaik: Lionel Messi (Barcelona)