Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

2 Budak Maut Nahas...

KAMPAR - Dua kanak-kanak lelaki yang maut selepas lori treler yang dipandu ayah mereka...

Lebih 30 Peratus Harga...

Kuala Lumpur : Lebih 30 peratus harga tiket penerbangan sudah diturunkan susulan kesediaan...

Amaran Ribut Petir Di...

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku...

KAFA Tak Mahu Ulangi...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak mahu mengulangi kesilapan lalu...

Zakir Tak Dibenar Ceramah Di Semua Medium, Media Sosial

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Dr. Zakir Naik tidak dibenarkan memberi ceramah di semua medium, termasuk di media sosial, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai.

“Satu arahan telah dikeluarkan polis yang melarang Zakir memberikan ceramah selanjutnya selepas episod di Kelantan baru-baru ini, yang bertujuan untuk memberikan waktu kepada kami untuk melengkapkan siasatan berhubung laporan pihak yang berkaitan dengan episod ceramah itu.

“Apabila keluarnya arahan ini, semua Ketua Polis Negeri akan bertanggungjawab menasihati pihak yang mempunyai perancangan, bagi menjemput Zakir untuk beri ceramah terbuka, supaya menolaknya,” katanya kepada Bernama.

Abdul Hamid berkata ceramah Zakir di Kelantan telah menimbulkan keresahan dan kekeliruan pelbagai pihak, dan pihaknya meminta diberi masa untuk menyiasat perkara itu.

“Kami akan dapatkan fakta-fakta yang sebenarnya, apa yang berlaku dalam kes berkenaan,” katanya.

Kategori