Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

31 Menteri Kabinet Angkat...

PUTRAJAYA - Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan...

Mahathir Tak Sanggup Diperalatkan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak sanggup...

Dipenjara 18 Tahun Sebabkan...

SHAH ALAM - "Kamu terlalu mengikut perasaan apabila memukul anak berusia 10 bulan...

Tinjauan: 75% Tidak Mahu...

KUALA LUMPUR - Satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) menyaksikan...

2 Lelaki Rentung Kereta Langgar 3 Jentera Bina Jalan

BERUAS – Dua lelaki rentung manakala seorang cedera parah apabila kereta jenis Audi yang dinaiki terbakar selepas melanggar tiga buah jentera pembinaan jalan yang diparkir di bahu jalan kawasaan pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 10 Beruas di sini lewat malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, pemandu yang berusia 28 tahun serta penumpang hadapan berusia 23 tahun maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Audi datang dari arah Tol Batu 19 Ayer Tawar menghala ke arah Beruas.

“Tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiga buah jentera pembinaan jalan iaitu tyre roller, tandem roller dan milling machine yang diparkir di bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu, kereta tersebut telah terbakar. Dua lelaki yang tersepit di dalam kereta tersebut rentung dan maut ditempat kejadian,” katanya ketika dihubungi. 

Tambah Muhammad Hanif, seorang lagi penumpang belakang berusia 30 tahun pula cedera parah di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Pantai Seri Manjung untuk rawatan lanjut.


“Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat,” katanya. 

Katanya, kereta tersebut juga telah melakukan pencerobohan apabila masuk ke lebuh raya tersebut sebelum ia dibuka kepada orang awam. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kategori