Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Video: Lintas Tak Tengok...

AKIBAT kecuaian sendiri, gadis ini hampir-hampir sahaja dilanggar sebuah kenderaan yang sedang laju...

PAS Sokong Kerajaan Hentikan...

DI ATAS KAPAL NAUTICAL ALIYA - PAS sokong agenda kerajaan untuk memastikan kezaliman...

Altimet Terbit Lagu Tema...

KOMPOSER, Altimet, bakal membuat kemunculan khas dalam filem animasi Ejen Ali The Movie...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

PARIT BUNTAR - Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tali air Estet Simpang...

2 Mati Termasuk Bunuh Diri Dalam Nahas Kemalangan

KUALA SELANGOR – Dua maut termasuk seorang daripadanya bunuh diri selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Tali Air Sawah Sempadan, Tanjong Karang di sini awal pagi tadi. 

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, Muhammad Fadzli Muhammad Yusari, 40, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala manakala seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun meninggal dunia akibat bunuh diri selepas mengelar lehernya sendiri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, kemalangan dikatakan berlaku apabila Muhammad Fadzli yang memandu kenderaan jenis Perodua Myvi dalam perjalanan ke Tanjong Karang dari Rawang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian yang gelap tanpa sebarang lampu jalan telah melanggar kenderaan jenis Mercedes C200 dipandu lelaki warga emas yang berhenti di tengah jalan.

“Pelanggaran itu mengakibatkan Perodua Myvi tersebut tercampak dan memasuki ke dalam parit berhampiran sebelum pemandunya meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

“Manakala pemandu Mercedes C200 dipercayai telah membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri menggunakan senjata tajam,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Warga emas tersebut mengalami masalah gangguan fikiran sehingga bertindak mengelar leher tersebut dengan terdapat beberapa orang saksi melihat kejadian tersebut.

Jelas Noor Janihan, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan terhadap tindakan pemandu Mercedes C200 dan kes setakat ini disiasatĀ mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kategori