Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sediakan Makanan Atlet Sukan...

BALIK PULAU - Pihak yang dilantik menyediakan makanan untuk atlet sepanjang Sukan SEA...

Cadangan Tambah Bilangan Lorong...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan bercadang untuk menambah bilangan lorong di lebuh raya...

Perancis Cadang Israel Dikenakan...

PARIS: Menteri Luar Perancis, Stephane Sejourne menegaskan tekanan dan kemungkinan sekatan, mesti dikenakan...

Tertuduh Sebabkan Wanita Cedera...

SEREMBAN : Seorang lelaki yang sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja...

42 MP DAP Sokong Pinda RUU Wanita Beri Kerakyatan Anak

KUALA LUMPUR – Seramai 42 ahli Parlimen DAP akan menyokong satu Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan untuk memberikan hak sama rata kepada wanita berbangsa Malaysia untuk menurunkan kerakyatannya kepada anak kelahiran mereka yang lahir di luar negara.

Penasihat parti itu, Lim Kit Siang berkata, Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan membenarkan bapa berkerakyatan Malaysia untuk menurunkan kerakyatan kepada anak mereka yang lahir di luar negara dengan kelulusan diberikan dalam tempoh beberapa bulan selepas permohonan. 

Tambah beliau, tetapi wanita berbangsa Malaysia yang mengahwini suami berbangsa asing perlu memohon kerakyatan bagi anak mereka di bawah peruntukan berbeza — Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan. 

“Sesetengah wanita ini telah menunggu lebih daripada dua tahun untuk mendapatkan kerakyatan bagi anak mereka, malah sesetengah permohonan mereka telah ditolak tanpa sebab. 

“Mereka yang memohon semula setelah ditolak buat kali pertama kebiasaannya ditolak sekali lagi tanpa diberikan sebarang sebab,” katanya seperti dipetik portal Roketkini, semalam.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, Parlimen DAP akan menyokong pindaan Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan perkataan ‘bapa’ kepada ‘sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa’ bagi memberikan hak yang sama kepada wanita Malaysia. 

“Anak kepada wanita berbangsa Malaysia yang lahir di luar negara sepatutnya mempunyai hak kerakyatan yang sama melalui kuat kuasa undang-undang seperti anak kepada individu lelaki yang berbangsa Malaysia. 


“Malaysia tergolong di kalangan 25 negara yang menafikan wanita hak sama rata untuk menurunkan kerakyatan kepada anak mereka,” katanya. 

Kit Siang berkata, cabaran birokrasi yang dihadapi oleh wanita dalam memohon kerakyatan untuk anak mereka adalah salah satu punca kehilangan bakat dalam negara. 

“Ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar negara berkahwin di luar negara. Mereka bertemu jodoh semasa bekerja dan kini berhasrat untuk pulang ke tanah air. 

“Memandangkan Malaysia secara terus menerus kehilangan bakat berharga disebabkan oleh proses birokrasi ini, kita haruslah mengubah sistem ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Kategori