Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kecoh PAU 2015 Bila...

KEMUNCULAN Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di ruang legar dewan Pusat...

Pandikar Amin Tegur Ahli...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur anggota Parlimen...

Lelaki Warga India Maut...

KLANG - Seorang lelaki warga India maut selepas terperangkap dalam kebakaran membabitkan rumah...

Kastam Patah Penyeludupan Minuman...

SIBU – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sibu mematahkan cubaan menyeludup 45 kontena minuman...

Adakah 4 Suspek Kes Adib Masih Di Dalam Negara?

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Koroner terhadap inkues kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim menggembirakan banyak pihak.

Namun masih banyak persoalan yang belum terjawab tentang kes tersebut. Antaranya adalah tentang suspek yang mencederakan pemuda itu.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar membangkitkan persoalan tentang empat orang suspek yang sebelum ini ditahan oleh pihak polis berkaitan isu tersebut.

Menurut Noh, pihak polis perlu menjelaskan kedudukan empat suspek yang dilepaskan dengan jaminan polis itu sama ada mereka masih berada dalam negara atau tidak.

Beliau juga telah bertanyakan soalan yang sama kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam sidang Dewan Rakyat Julai lepas namun jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati.


“Saya sememangnya tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kerana saya dah ramal bahawa kes ini akhirnya akan terbukti wujud unsur jenayah. Ramalan saya tepat sekali. 

“Persoalannya sekarang jika polis nak panggil semula empat orang suspek tersebut, adakah mereka masih berada dlm negara? Tetapi menteri tak menjawab soalan saya,” katanya melalui akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurut keratan gambar jawapan bertulis yang dikongsikan Noh, Muhyiddin ketika itu berkata, polis tidak bertanggungjawab memantau kedudukan suspek kerana keempat-empat mereka telah memberikan keterangan dan hasil siasatan mendapati tiada petunjuk yang boleh mengaitkan mereka dengan kes tersebut. – UTUSAN ONLINE

Kategori