Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Gambar: Selebriti Wanita Yang...

MENYIMPAN dan tidak mencukur bulu ketiak bukan satu perkara yang janggal jika ianya...

2 Nelayan Dikhuatiri Lemas...

GEORGETOWN - Dua nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki dipercayai karam di...

Ketulan Besar Disangka Kanser...

SEORANG wanita dalam kebimbangan apabila mendapati terdapat ketulan pada bahagian ketiaknya. Dia bimbang...

UPKO Ucap Takziah Kepada...

KOTA KINABALU - Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) menzahirkan rasa sedih dan...

Agong Perkenan Putera Edward Mengadap

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima mengadap Putera Edward, Britain di Istana Negara.

Turut hadir Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Earl of Wessex itu sedang melakukan lawatan dua hari ke Malaysia, sebahagian dari siri lawatan beliau ke Australia.

Ini adalah pertemuan kali pertama antara Yang di-Pertuan Agong dan seorang anggota kerabat diraja Britain sejak Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada Januari.

Jadual lawatan Earl ke Malaysia termasuk menghadiri Persidangan Serantau Asia Pasifik Duke of Edinburgh International Award dalam kapasitinya selaku pemegang amanah Yayasan Duke of Edinburgh’s International Award.

Beliau juga dijadual menyertai meja bulat belia bagi membincangkan nilai pendidikan tidak formal.


Sebagai naib-patron Sukan Komanwel, Prince Edward akan dibawa menyaksikan atlet Malaysia beraksi menjelang Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

Dalam kenyataan dikeluarkan sebelum lawatan itu, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Charles Hay berkata lawatan itu akan meliputi bidang kepentingan yang luas – dari pendidikan dan perkongsian kesukanan kepada usaha bersama menangani bahan plastik buangan dan memulihara lautan.

Earl akhir sekali melawat Malaysia pada 2004, juga berkaitan Yayasan Duke of Edinburgh’s International Award.

Beliau adalah putera bongsu Queen Elizabeth II Britain dan Duke of Edinburgh.

Kategori