Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pasukan Petugas Khas Kes...

KUALA LUMPUR – Pengumuman mengenai penubuhan pasukan petugas khas oleh Menteri Dalam Negeri,...

1MDB Nafi Dakwaan Akhbar...

KUALA LUMPUR - Pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan syarikat itu ada membenarkan...

Banjir Tidak Halang Rancangan...

KUALA LUMPUR - "Kenyataan bahawa Kelantan wajar tumpukan usaha kebajikan sebelum laksana Hudud...

Garis Panduan Jakim Sumber...

KUALA LUMPUR – Garis panduan pengajian agama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)...

Ainul Mardhiah Akhirnya Pulang Ke Rumah

MELAKA – Selepas empat bulan mendapatkan rawatan sehingga ke London, England bagi membuang ketumbuhan dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin akhirnya pulang semula ke rumahnya di Rumah Awam Ayer Molek di sini, semalam.

Bayi yang mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas menderita penyakit sel kanser mulut Germ Cell Tumor itu dibenarkan pulang dari Hospital Melaka sehari selepas dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Razak, 24, Ainul Mardhiah yang kini berusia setahun sebulan sedang menyesuaikan dirinya dengan suasana di dalam rumah dan tidur di atas tilamnya sendiri setelah berbulan-bulan terbaring di katil hospital.

“Alhamdulillah malam tadi Ainul Mardhiah dapat tidur dengan lena, cuma perlu pemantauan kerana dia sudah pandai membuka tiub bantuan oksigen yang dipasangkan pada lehernya.

“Selebihnya, keadaan Ainul Mardhiah semakin baik dan dia sudah pandai memusingkan badan ke kiri kanan, mengenal bunyi mainan serta senyum,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di sini hari ini.

Jelasnya, dia dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, bagaimanapun perlu lebih berhati-hati dalam menjaga persekitaran Ainul Mardhiah bagi memastikan bayi itu dapat terus pulih tanpa sebarang masalah kesihatan yang serius.

“Terdahulu kami ingin memohon maaf kepada orang ramai yang prihatin dengan keadaan Ainul Mardhiah sekiranya tidak dapat mendukung atau memegang puteri kami.

“Keadaan kesihatannya masih terdedah dengan risiko tinggi untuk dijangkiti sebarang virus, jadi kami sekeluarga hanya dapat membenarkan Ainul Mardhiah diziarahi dari dalam kelambu yang dipasangkan,” katanya yang berhasrat membawa bayinya itu menunaikan umrah apabila anaknya itu sihat kelak.


Mengulas lanjut, Ahmad Safiuddin berkata, Ainul Mardhiah kini menggunakan bantuan oksigen ekoran belum dapat menelan air liur dengan baik setelah berbulan-bulan mempunyai ketumbuhan di dalam mulutnya.

Katanya, puterinya itu juga masih menggunakan tiub susu, namun berat badannya telah bertambah satu kilogram (kg) kepada 3.8 kg sejak ketumbuhan seberat 200 gram di mulutnya berjaya dibuang dalam pembedahan yang dilakukan di sebuah hospital di London pada 10 Jun lalu.

Jelasnya, beberapa rawatan susulan akan dibuat di Hospital Melaka termasuk fisioterapi, pemakanan dan ENT (Telinga, Hidung, Tekak).

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian umum termasuk pelatih pakar bedah Malaysia, Dr. Nur Amalina Che Bakri apabila rakaman video bayi terbabit yang mengalami ketumbuhan pada bahagian mulut, tular dalam laman sosial.

Ainul Mardhiah kemudian diterbangkan ke London pada 25 Mei lalu bagi menjalani pembedahan yang dilakukan sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof. David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina.

Kategori