Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Selepas Nombor 1 Dunia,...

KUALA LUMPUR - Selepas meraih kedudukan pemain nombor satu dunia, Ryu So Yeon...

UMNO Kelantan Harap Wujud...

UMNO Kelantan berharap hubungan dengan PAS dapat direalisasikan dengan membentuk satu hubungan lebih...

Terangsang Tonton Video, Murid...

BATU GAJAH - Akibat terpengaruh dengan video yang dilihat melalui telefon bimbit, seorang...

SPR Yakin Hujan Lebat...

LUNDU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin hujan lebat pada hari pengundian awal...

Amah Didakwa Pijak Bayi Baru Lahir Hingga Mati

KUALA LUMPUR – Seorang amah warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh bayinya dengan cara memijak mangsa, Ogos lalu. 

Tiada pengakuan direkodkan terhadap warga Indonesia, Welmince Alunat, 38, selepas pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A. Raof memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, wanita itu telah membunuh anaknya yang baru lahir dengan cara memijak sebelum memasukkan mayat mangsa ke dalam baldi di bilik mencuci dan menjemur baju rumah majikannya di Jalan Cempaka 27, Taman Cempaka, Ampang dekat sini pada pukul 7 pagi, 22 Ogos lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, S. Sangitaa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan. 

Mahkamah menetapkan 22 November ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Kategori