Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Saya Mohon Maaf Kepada...

PUTRAJAYA : Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon...

‘Bom Jangka’ Akhirnya Berjaya...

BEIJING - Sekumpulan pakar bedah di China berjaya mengeluarkan objek berukuran 72 sentimeterĀ daripada...

Mesti Baca! Apa Itu...

UMPAMA telur di hujung tanduk - itulah kiasan yang sesuai menggambarkan masa depan...

3 Rakan Berdepan Hukuman...

MELAKA : Tiga sahabat berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan ke Mahkamah...

Amanat Negarawan Ulung

1. Bersempena Hari Kemerdekaan yang baru disambut dan Hari Malaysia yang akan tiba, Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) telah mengambil inisiatif mewakili anak-anak muda untuk mengadakan satu pertemuan bersama negarawan ulung tanahair, Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah. Ini menjadi titik mula kepada politik matang anak muda blok pembangkang untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada seorang negarawan yang berjasa besar kepada negara Malaysia. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) diwakili oleh Ketua Pemuda, Saudara Shahir Adnan bersama barisan exco DPIM. Perbincangan turut disertai Ketua Penerangan IKATAN Malaysia, Saudara Nik Marhalim Datoā€™ Mohd Bakri.

2. Berikut merupakan butiran penting perbincangan kali ini:

i. YBM Tengku Razaleigh menasihatkan bahawa keamanan dan kestabilan ekonomi negara adalah keutamaan terpenting bagi menjaga keharmonian di dalam negara kita. Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengambil tindakan segera untuk memulihkan ekonomi tanah air sebelum menjadi lebih parah pada tahun hadapan. Rakyat yang paling terkesan dengan kemelesetan ekonomi kerana kos sara hidup terus meningkat dan peluang pekerjaan makin mengecil.

ii. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) bersetuju untuk terus memperkukuhkan dan membina hubungan permuafakatan bersama blok pembangkang, terutama Pemuda UMNO, MCA dan MIC yang merangkumi pelbagai kaum atas semangat Bangsa Malaysia yang sebenar demi membina negara Malaysia yang bersatu-padu, adil dan saksama, serta masyarakat yang bahagia. Hubungan politik bersama Pemuda PAS terus menjadi tunjang dan dasar permuafakatan di dalam Gagasan Sejahtera. YBM Tengku Razaleigh yang juga merupakan Penasihat UMNO turut menasihatkan Professional Muda untuk melibatkan diri dalam politik untuk memacu pembangunan dan ekonomi negara.

iii. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengambil nasihat YBM Tengku Razaleigh untuk mencari solusi terbaik kepada anak muda berkenaan isu-isu penting yang melibatkan anak muda seperti belia miskin di bandar dan belia tertindas di luar bandar.


3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) berharap anak muda terus bersama-sama kami dalam mengemudi cabaran anak muda pada era Pakatan Harapan hari ini. Sememangnya dasar-dasar kerajaan hari ini terus menekan dan menindas anak-anak muda, walhal anak muda inilah yang bakal meneruskan legasi Malaysia pada masa hadapan. DPIM sekali lagi menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian YBM Tengku Razaleigh sebagai seorang negarawan ulung yang meluangkan masa berbincang dan memberi nasihat berkaitan cabaran anak muda pada hari ini. Terima kasih KuLi!

Selamatkan Malaysiaku!

#SelamatkanMalaysiaku #SaveMyMalaysia #PemudaMemimpin #PemudaIkatan #Ubahbalik

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Pemuda Gagasan Sejahtera

Kategori