Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pelajar Mengaku Hanya Diluku...

ALOR SETAR - Pelajar Tingkatan Empat yang mendakwa dicekik dan ditumbuk oleh seorang...

Dua Kapal Asing Ditahan,...

KOTA TINGGI: Dua kapal asing yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur...

Lihatlah Wajah Sebenar Sungai...

KUALA LUMPUR - Pagi Ahad 10 Sept, hujan sungguh lebat, namun bagi 30...

Warga Mongolia Derma Emas,...

ULAANBAATAR - Jutaan rakyat Mongolia tampil menyumbangkan wang tunai, barang perhiasan, emas bahkan...

Amhari Ragu-Ragu Jho Low Penasihat Sultan Mizan

KUALA LUMPUR – Saksi ke-8 perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini kelihatan ragu-ragu apabila terus diasak peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes tersebut.

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin yang pernah menjadi pegawai khas Najib ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri berkata, dia pernah ragu-ragu dengan dakwaan Low Taek Jho Low atau Jho Low adalah ‘penasihat’ kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Amhari yang berpeluang menghadiri mesyuarat 1MDB yang ketika itu dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) mula mengesyaki peranan Jho Low.

Bagaimanapun, Amhari yang ketika itu hanya berjawatan pegawai ‘junior’ mendakwa tidak mempunyai kuasa sebagaimana pegawai atasan lain seperti arwah Datuk Azlin Alias.

Amhari: Saya memang ada ragu-ragu dengan dakwaan Jho Low dirinya penasihat kepada Sultan Mizan.

Shafee: Tetapi anda tidak berbuat apa-apa? Tidak beritahu Datuk Najib?

Amhari: Saya masih pegawai junior, tidak ada akses untuk beliau. Hanya melalui arwah Datuk Azlin Alias dan Datuk Seri Aziz.

Shafee: Tidakkah anda tahu ini adalah satu isu yang penting, adakah anda pernah mengambil bahagian ketika mesyuarat TIA?

Amhari: Saya sudah katakan, saya hanya junior pada masa itu. Sudah menjadi satu kebiasaan pegawai kerajaan menghadiri mesyuarat, mendengar, memerhati dan mendiamkan diri sebelum pulang. Itu yang saya buat.

Shafee: Saya juga pernah menjadi penjawat awam untuk lapan tahun. Tidak pula saya buat seperti yang kamu katakan.


Amhari: Boleh saya terangkan? Saya hanya hadir sebagai tanda hormat kepada Datuk Najib dari pejabat Timbalan Perdana Menteri. Saya dipanggil hadir mesyuarat kerana pernah hadir sebelumnya. Itu sahaja.

Shafee: Tidakkah anda rasa ini penting? Seorang yang mendakwa sebagai penasihat kepada Agong itu sebenarnya bukan?

Amhari: Saya ada beritahu kepada arwah Datuk Azlin dan Datuk Aziz.

Shafee: Adakah anda menulis surat tentang rasa ragu-ragu itu?

Amhari: Saya sudah terangkan, saya hanya seorang pegawai junior.

Shafee: Jangan asyik berdolak dalih dengan mengatakan kamu adalah junior. Saya cadangkan anda telah mendapat manfaat daripada Jho Low dan kerana itu walaupun ada rasa syak wasangka anda tidak cerita kepada sesiapa.

Amhari: Saya tidak setuju.

Perbicaraan bersambung dengan Shafee meneruskan pemeriksaan balas Amhari di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Colin Lawrence Sequerah.

Kategori