Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

PM Arah 4 Agensi...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan empat agensi...

Kerendahan Diri: Sifat Dimiliki...

KOTA BHARU - Ketinggian peribadi, kerendahan diri; demikian sifat mulia yang terdapat pada...

Anwar, Keluarga Fail Saman...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota keluarga beliau hari ini...

Pasangan Kembar Si Pencuri...

SINGAPURA - Sepasang kembar dihukum penjara lima hari dan 10 hari selepas memutuskan...

Angkasawan Arab Pertama Tiba Di ISS

MOSCOW – Angkasawan Arab pertama di dunia, Mejar Hazza al-Mansoori dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyapa dunia dengan ‘Assalamualaikum’ sejurus beliau berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kira-kira lapan jam selepas ia dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome di Kazakhstan semalam.

“Kami sangat bersyukur kerana selamat tiba di ISS. Alhamdulillah, segalanya berada dalam keadaan baik.

“Pemandangan bumi dari sini sangat menakjubkan. Ia sangat kecil, namun saya dapat melihat sebahagian kecil daripadanya. Semoga ALLAH lindungi semua. Sampaikan salam saya kepada rakyat UAE,” kata al-Mansoori, 35, kepada kepada pusat kawalan misi.

Selain al-Mansoori, kapal angkasa Soyuz MS-15 turut membawa Jessica Meir dari Amerika Syarikat dan komander veteran Rusia, Oleg Skripochka untuk menyertai enam kru lain yang berada di ISS.

Sementara itu, Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed juga menyatakan beliau sangat berbangga dengan pencapaian al-Mansoori yang berjaya membawa UAE ke tahap itu.

Difahamkan al-Mansouri akan berada di stesen angkasa itu selama lapan hari dan dijadualkan kembali ke bumi pada 3 Oktober depan. – Agensi

Kategori