Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Lancar Kempen ‘Beyond...

PUTRAJAYA - Malaysia melancarkan kempen kesedaran jenama, 'Beyond Nations', usaha untuk melonjakkan serta...

Jangan Pandang Remeh Pengorbanan...

JAKARTA - Rakyat Malaysia perlu mempamerkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Raja dan...

173 Pendatang Tanpa Izin...

SUNGAI PETANI - Jabatan Imigresen Kedah menahan 173 pendatang asing warga Myanmar termasuk...

Asing Cawan Di Sekolah...

LUMUT - Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan dasar sebuah...

Apa Perlu Meja Bulat Jika DAP Sendiri Penyebar Berita Palsu

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Puad Zakarshi mempersoalkan kesediaan Lim Kit Siang untuk menaja persidangan meja bulat bagi memerangi berita palsu dan ucapan kebencian jika pembangkang berminat untuk hadir.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga bertanya apa perlunya sidang meja bulat itu jika Setiausaha Agung DAP,  Lim Guan Eng adalah penyebar berita palsu utama di Malaysia.

Malah, DAP pula penyebar berita palsu paling tegar, dakwanya lagi,

“Apakah janji 100 hari itu bukan berita palsu?

“Guan Eng kata kerajaan BN (Barisan Nasional) curi duit GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) sebanyak RM19.4 bilion tetapi laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) membuktikan Guan Eng berbohong. Dia bukan sahaja membohongi Parlimen tetapi membohongi rakyat.

“Guan Eng juga menyebarkan berita palsu kononnya hutang negara tinggalan BN sebanyak RM1 trilion. Ternyata itu pun palsu kerana dinafikan oleh laporan Bank Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Puad lagi, Guan Eng kata Penyatuan Ummah adalah pengisytiharan perang terhadap bukan Melayu manakala Nga Kor Ming mendakwa Malaysia akan jadi Taliban kerana penyatuan tersebut.


“Saya nak tanya kepada Kit Siang berapa ramai orang Cina dibunuh dalam tempoh hampir 30 tahun PAS memerintah Kelantan?” tanyanya lagi.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu turut menempelak kenyataan Kit Siang yang mendakwa selama 52 tahun DAP berperanan untuk mewujudkan keharmonian di Malaysia.

“Apakah DAP mahu menafikan bahawa DAP terlibat kepada peristiwa hitam 13 Mei 1969 kerana ucapan kebencian mereka ketika perarakan meraikan kemenangan pilihanraya di Chow Kit Kuala Lumpur?” soalnya lagi.

Kata Puad, Piagam Muafakat Nasional sudah memadai untuk menentang berita palsu dan kebencian. – MalaysiaGazette

Kategori