Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Cabul Kerani, Penganggur Warga...

PETALING JAYA - Seorang penganggur warga Yaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

KSN Mahu Penjawat Awam...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mahu semua penjawat...

Chacha Maembong Ada Sebab...

SEBELUM ini, pereka fesyen Ezuwan Ismail ada meluahkan kekecewaannya di atas perbuatan seorang...

Achey Bagi ‘Green Light’...

SIAPA sangka, dalam diam rupa-rupanya isteri kepada pelawak Achey Bocey mempunyai bakat terpendam...

AR Badul Ucap Terima Kasih Kepada ATM

IPOH – Pelakon dan pelawak legenda, AR Badul merakamkan ucapan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu segala urusan pengebumian anaknya, Allahyarham Mejar Mohd Zahir bermula semalam hingga selesai hari ini.

Menurut AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 69, segala urusan diatur dengan begitu sempurna dan lancar menggambarkan Allahyarham begitu dihargai.

“Saya mewakili kedua-dua belah keluarga amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada ATM kerana untuk mengendalikan sendiri saya pasti ia tidak akan jadi sempurna seperti kami alami hari ini.

“Dengan komitmen tinggi daripada pegawai atasan hingga bawahan menjadikan tiada satu pun perkara yang jadi halangan hingga arwah selamat dikebumikan,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini hari ini.

Beliau berkata, Mohd Zahir dikebumikan di kampung halaman keluarga mentua di Ipoh demi menghormati permintaan isteri Allahyarham, Nour Shafinar Harun, 31.

“Kalau ikut adik-beradik mereka mahu arwah dikebumikan di Kuala Lumpur dan maknya pula mahu di Sabah.

Lebih 2,000 terdiri daripada ahli keluarga, rakan setugas dan penduduk kampung hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

“Jadi saya buat keputusan atas dasar keprihatinan dan usaha pihak tentera yang membantu menyelesaikan proses pengebumian arwah di sini,” katanya.


Dengan nada berseloroh, artis tersohor itu berkata, liputan yang diberikan media terhadap Allahyarham juga begitu hebat mengalahkan beliau sendiri.

Katanya, berita-berita mengenai kerjaya dan sumbangan Allahyarham yang dipaparkan media secara tidak langsung menutup insiden sedih yang berlaku ketika kejadian.

“Saya rasa dia lebih ‘besar’ daripada saya pula yang dah lama jadi artis ini, tetapi itulah sebenarnya keupayaan kerjaya dan kebolehannya.

“Komitmennya itu membuatkan saya begitu bangga memiliki anak seorang tentera,” katanya.

Pengebumian Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas itu dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan bermula jam 7.45 pagi tadi.

Istiadat pengebumian selesai pada jam 8.45 pagi dengan serahan Jalur Gemilang kepada isteri Allahyarham oleh Pegawai Memerintah Rejimen 11 Gerak Khas, Kolonel Zulkinine Mohd Yunus. – Sinar Harian

Kategori